Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

18 individu diiktiraf CPIB kerana tolak rasuah

Membanteras rasuah adalah penting kerana walaupun tidak melibatkan jumlah wang yang besar, ia boleh menjejas keselamatan negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Dec 2017 08:01PM Dikemas Kini : 09 Dec 2017 12:05AM

SINGAPURA: Membanteras rasuah adalah penting kerana walaupun tidak melibatkan jumlah wang yang besar, ia boleh menjejas keselamatan negara.

Pengarah Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) Wong Hong Kuan berkata demikian di satu acara memberi pengiktirafan hari ini (8 Dis).

Encik Wong menyampaikan plak pujian kepada 18 orang yang melaporkan tentang kes rasuah dan juga menolak pemberian rasuah.

Mereka datang dari pelbagai agensi sektor awam seperti polis dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) serta sektor swasta.

Salah seorang penerimanya seorang pegawai NEA, Encik Muhd Kamil Mohd Noh.

Beliau pernah cuba diberikan rasuah $50 oleh seorang pengarah syarikat untuk mengelak daripada membayar denda yang tinggi kerana kilangnya dikesan ada beberapa tempat sarang nyamuk.

Encik Kamil menolak dan melaporkannya kepada CPIB.

Acara penghargaan tersebut diadakan sempena Hari Anti-Rasuah Antarabangsa, esok (9 Dis). 

Sumber : CNA/NF/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan