Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

18 ditangkap disyaki bawa warga asing masuk S'pura dengan pas kerja yang diperoleh secara haram

Seramai 18 orang diberkas kerana disyaki membawa masuk warga asing ke Singapura menggunakan pas kerja yang diperoleh menerusi perisytiharan palsu, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Selasa (21 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
18 ditangkap disyaki bawa warga asing masuk S'pura dengan pas kerja yang diperoleh secara haram

(Gambar: Kementerian Tenaga Manusia)

Diterbitkan : 21 Sep 2021 05:16PM Dikemas Kini : 21 Sep 2021 05:21PM

SINGAPURA: Seramai 18 orang diberkas kerana disyaki membawa masuk warga asing ke Singapura menggunakan pas kerja yang diperoleh menerusi perisytiharan palsu, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Selasa (21 Sep).

Penangkapan itu adalah sebahagian daripada operasi penguatkuasaan yang dijalankan MOM pada 14 Sep melibatkan satu sindiket. Operasi tersebut dijalankan sepanjang 12 jam di 22 lokasi di merata negara.

"MOM memulakan siasatan pada Julai 2021 setelah menerima maklumat mengenai percubaan seorang warga asing untuk mendapatkan pas kerja secara haram," kementerian itu menerangkan dalam satu kenyataan media.

"Menerusi analisis terperinci sepanjang beberapa bulan, MOM membongkar kegiatan satu sindiket yang disyaki menubuhkan beberapa syarikat palsu untuk memohon pas kerja, walaupun ia tidak mempunyai sebarang operasi perniagaan yang sah."

Siasatan sedang dijalankan.

Di bawah Akta Pengambilan Kerja Tenaga Kerja Asing (EFMA), sesiapa yang didapati bersalah mendapatkan pas kerja bagi perniagaan yang tidak wujud, tidak beroperasi, atau tidak memerlukan pengambilan kerja tenaga asing boleh didenda sehingga S$6,000, penjara dua tahun, atau kedua-duanya bagi setiap tuduhan. Sesiapa yang disabit kesalahan atas enam atau lebih tuduhan juga boleh disebat.

Mereka yang menggajikan pekerja asing yang mencari kerja secara haram boleh didenda sehingga S$30,000, dihukum penjara sehingga 12 bulan, atau kedua-duanya atas setiap tuduhan. Majikan yang didapati bersalah akan dilarang mengambil pekerja asing.

Warga asing yang menerima pekerjaan tanpa pas kerja yang sah menghadapi hukuman denda sehingga S$20,000, penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali. Mereka yang disabit kesalahan akan dilarang bekerja di Singapura buat selama-lamanya.

"Orang awam yang tahu tentang aktiviti pengambilan kerja yang mencurigakan seperti syarikat-syarikat yang menggajikan pekerja asing tanpa pas kerja yang sah, individu yang menerima sumbangan CPF dari syarikat yang tidak diketahui, atau mengetahui individu atau majikan yang melanggar EFMA patut melaporkan perkara itu kepada MOM di 5122 atau mom_fmmd [at] mom.gov.sg,” tambah kementerian itu.

Sumber : Today/IH/ih
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan