Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

170 kanak-kanak jadi 'Doktor Sehari', pelajari simptom penyakit kritikal

Dalam apa jua keadaan kesihatan, mendapatkan rawatan perubatan dengan cepat dan diagnosis yang tepat adalah penting.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Dec 2017 07:31PM Dikemas Kini : 16 Dec 2017 09:11PM

SINGAPURA: Dalam apa jua keadaan kesihatan, mendapatkan rawatan perubatan dengan cepat dan diagnosis yang tepat adalah penting.

Itulah mesej utama yang dibawa pulang 170 kanak-kanak setelah mereka berpeluang menjadi 'Doktor untuk Sehari' di Hospital Mount Elizabeth.

Program ini mencontohi format "Melepaskan Diri Daripada Kamar", di mana kanak-kanak diletakkan dalam sekitaran masa depan sebuah bilik hospital.

Mereka diberi petunjuk agar cuba membuat diagnosis dalam tempoh masa yang terhad.

Seperti bagaimana para doktor di hospital perlu bekerjasama, kanak-kanak ini perlu membentuk satu pasukan, bersama ibu bapa mereka, untuk menghuraikan pelbagai teka teki.

Petunjuknya boleh didapati melalui beberapa cara, seperti menggunakan realiti maya, lampu UV, dan malah sewaktu perjalanan dari hospital Mount Elizabeth Orchard ke hospital cawangannya di Novena.

Program pembelajaran penceburan seperti ini membolehkan kanak-kanak memahami pentingnya mengenal pasti simptom-simptom awal penyakit-penyakit kritikal.

Sumber : CNA/RL/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan