Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

17 kes baru COVID-19 di S'pura, lapan berkait kelompok TTSH

Sebanyak 17 kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari Isnin (3 Mei, termasuk 10 kes jangkitan dalam masyarakat, menurut Kementerian Kesihatan(MOH). Antara mereka, lapan kes dikaitkan dengan jururawat yang bertugas di Hospital Tan Tock Seng.

Anggaran Waktu Membaca:
17 kes baru COVID-19 di S'pura, lapan berkait kelompok TTSH

Hospital Tan Tock Seng. (Gambar: Calvin Oh)

Diterbitkan : 03 May 2021 04:12PM Dikemas Kini : 03 May 2021 04:24PM

SINGAPURA: Sebanyak 17 kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari Isnin (3 Mei, termasuk 10 kes jangkitan dalam masyarakat, menurut Kementerian Kesihatan(MOH).

Antara mereka, lapan kes dikaitkan dengan Kes 625411, jururawat yang bertugas di Wad 9D Hospital Tan Tock Seng (TTSH) dan disahkan positif COVID-19 pada 27 Apr.

Kelompok jangkitan COVID-19 di TTSH kini meningkat kepada 35 kes.

Kesemua kes dalam masyarat sama ada melibatkan pesakit dan kakitangan di TTSH ataupun kontak rapat kes-kes yang dikenal pasti sebelum ini yang sudah dikuarantin, kata MOH.

Baki tujuh kes diimport dan sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah setiba mereka di Singapura.

Tiada kes baru dikesan dalam dormitori pekerja hijrahan.

Maklumat lanjut kes akan dikeluarkan malam ini, tambah MOH.

Sehingga hari ini, Singapura melaporkan 61,235 kes COVID-19 dengan 31 kematian.

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan