Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

161 individu diberkas, lebih 3kg heroin & dadah lain dirampas susuli serbuan merata S'pura

 Biro Narkotik Pusat (CNB) memberkas 161 individu disyaki pesalah dadah - yang paling muda adalah remaja perempuan 17 tahun - menyusuli operasi membanteras dadah merata negara sepanjang tempoh hampir dua minggu.

Anggaran Waktu Membaca:
161 individu diberkas, lebih 3kg heroin & dadah lain dirampas susuli serbuan merata S'pura

Pegawai CNB menemui heroin yang tersorok di mangkul tandas sebuah kediaman. (Gambar: CNB)

Diterbitkan : 27 Aug 2021 08:46PM Dikemas Kini : 27 Aug 2021 08:52PM

SINGAPURA: Biro Narkotik Pusat (CNB) memberkas 161 individu disyaki pesalah dadah - yang paling muda adalah remaja perempuan 17 tahun - menyusuli operasi membanteras dadah merata negara sepanjang tempoh hampir dua minggu.

Dadah bernilai lebih S$253,000 dirampas sepanjang operasi dari 16 Ogos hingga hari ini (27 Ogos), menurut biro itu.

Rampasan itu termasuk lebih tiga kilogram heroin, lebih 500 gram dadah Ice, sekitar 500 gram ganja, hampir 40 gram ketamine, 31 pil ecstacsy, 116 pil Erimin-5 dan 11 botol metadon.

Lakeside, Potong Pasir, Sengkang, Teck Whye dan Woodlands antara kawasan-kawasan yang diserbu dalam operasi itu, dedah CNB.

PENAHANAN

Dalam salah satu kes, para pegawai CNB menahan seorang lelaki menyusuli satu serbuan di sebuah kediaman berdekatan Tampines Avenue 2 pada lewat malam 18 Ogos.

Para pegawai memecah masuk kediaman itu "kerana lelaki berusia 48 tahun tersebut enggan mematuhi arahan para pegawai CNB supaya membuka pintu," menurut biro berkenaan.

Lebih dua kilogram heroin serta Ice, metadon dan wang tunai bernilai S$12,300 disita daripada beberapa kediaman itu. Sebilangan heroin ditemui tersorok di mangkuk tandas dan mesin cuci baju.

Operasi susulan dijalankan pada awal pagi keesokan harinya dan seorang lelaki 53 tahun pula ditahan berdekatan Beo Crescent. Sekitar 400 gram heroin dirampas daripadanya.

Dalam satu lagi operasi pada 18 Ogos, para pegawai CNB menyerbu sebuah bilik hotel di Onan Road dan menangkap dua lelaki berusia 47 tahun di dalamnya.

Dadah yang ditemui di bilik hotel di Onan Road. (Gambar: CNB)

Pencarian di sekitar bilik itu menemukan sekitar 370 gram Ice, hampir 40 gram ketamine dan 105 pil Erimin-5. Seorang wanita 39 tahun, dipercayai seorang lagi individu yang menetap di bilik hotel tersebut, juga diberkas di kawasan itu.

Dalam satu serbuan berasingan pula, seorang lelaki 25 tahun dan wanita 32 tahun ditahan di sebuah kediaman di Compassvale Street pada 24 Ogos.

Ice, pil ecstasy, beberapa barangan berkaitan dadah dan 'nightstick' iaitu kayu pendek yang merupakan barangan terkawal di Singapura, dirampas.

'Nightstick' adalah barangan terkawal di Singapura. (Gambar: CNB)

CNB bagaimanapun tidak mededahkan maklumat tentang remaja perempuan berusia 17 tahun yang ditahan.

Siasatan ke atas kegiatan-kegiatan dadah semua suspek yang diberkas sedang dijalankan.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan