Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

160,000 rakyat S'pura bakal terima baucar barang dapur S$100 pada Okt

Sekitar 160,000 rakyat Singapura akan menerima baucar barang dapur bernilai S$100 pada Oktober, menurut Kementerian Kewangan (MOF) pada Isnin (27 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Sep 2021 12:29PM Dikemas Kini : 27 Sep 2021 10:37PM

SINGAPURA: Sekitar 160,000 rakyat Singapura akan menerima baucar barang dapur bernilai S$100 pada Oktober, menurut Kementerian Kewangan (MOF) pada Isnin (27 Sep).

"Ini adalah sebahagian daripada Pakej Bantuan Keluarga yang diumumkan dalam Belanjawan 2020 bagi membantu rakyat Singapura yang kurang mampu menampung perbelanjaan keluarga mereka sepanjang tempoh ekonomi yang serba tidak menentu ini," menurut MOF.

Kumpulan tersebut terdiri daripada mereka yang berusia 21 tahun dan ke atas pada tahun ini, menetap di flat satu atau dua bilik HDB dan tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.

Tahun lalu, baucar barang dapur bernilai S$300 diagihkan kepada para penerima yang layak. Skim baucar barang dapur itu akan menyediakan bantuan bernilai sekitar S$63 juta secara keseluruhannya kepada mereka yang layak menerimanya.

Baucar-baucar 2021 dengan tarikh sah sehingga 31 Disember 2022 akan dihantar melalui surat berdaftar mulai 2 Oktober.

Sekiranya tiada orang di rumah untuk menerima baucar itu, penghantaran kedua akan dibuat pada minggu seterusnya antara Isnin hingga Jumaat tetapi tidak termasuk cuti umum.

Jika penghantaran kedua gagal, penghantar akan meninggalkan kad pemberitahuan ddi depan pintu untuk para penerima mengambil baucar mereka di pejabat pos yang ditetapkan dalam tempoh 10 hari.

Tarikh penghantaran mengikut poskod adalah seperti berikut:

(Sumber: MOF)

Baucar-baucar itu boleh digunakan di Giant, NTUC FairPrice, Pasar Raya Prime dan Pasar Raya Sheng Siong.

"Bagi menggalak gaya hidup lebih sihat, para penduduk boleh menikmati potongan harga sebanyak 5 peratus daripada produk-produk dengan Simbol Pilihan Lebih Sihat (dihadkan kepada 5 peratus daripada nilai baucar yang digunakan untuk membuat pembelian) di pasar raya yang turut serta kecuali Giant," tambah MOF.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, para penerima boleh melungsuri laman go.gov.sg/csp2020 atau menelefon 1800 2222 888.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan