Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

155 keluarga memerlukan terima habuan barangan dapur dari Masjid Omar Salmah

Sebanyak 155 keluarga memerlukan hari ini (20 Mei) menerima habuan barangan dapur dari Masjid Omar Salmah, di bawah satu projek amal tahunan sempena bulan Ramadan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 May 2018 12:14AM Dikemas Kini : 21 May 2018 12:18AM

SINGAPURA: Sebanyak 155 keluarga memerlukan hari ini (20 Mei) menerima habuan barangan dapur dari Masjid Omar Salmah, di bawah satu projek amal tahunan sempena bulan Ramadan.

Ini merupakan peningkatan besar berbanding 30 keluarga penerima sahaja semasa projek itu dirintis pada 2011.

Habuan-habuan tersebut diagihkan-agihkan petang tadi oleh Setiausaha Parlimen Kanan Sosial dan Keluarga (MSF), Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Masjid Omar Salmah menyatakan golongan penerima habuan ini terdiri daripada keluarga berbilang kaum dan agama.

Pihak masjid menambah projek ini mampu mendampingi lebih ramai penerima kerana sokongan padu diterima daripada para penyumbang, penganjur bersama dan relawan.

Ini meskipun mereka perlu mengatasi cabaran seperti faktor masa dan logistik bagi menjayakan usaha ini.

Projek ini adalah satu usahasama pimpinan Masjid Omar Salmah dengan kerjasama Persatuan India Muslim Bersatu (UIMA), para pegawai Muslim AETOS dan kumpulan-kumpulan motosikal.

"Sebagai satu masyarakat, kita harus rasa peduli tentang kemaslahatan kehidupan penduduk-penduduk dan masyarakat kita di Singapura.

"Jadi saya rasa terharu dengan rasa kepedulian, sifat ini yang ditonjolkan oleh mereka yang mengambil bahagian untuk menyumbang dalam acara pada hari ini," kata Dr Faishal. 

Sumber : BERITA Mediacorp/RU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan