Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

150 belia pelbagai kaum, negara buat persembahan kebudayaan Melayu

Seramai 150 beliau pelbagai kaum dan warga asing tampil membuat persembahan dalam acara kebudayaan Melayu di Teater Kallang malam ini (11 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seramai 150 beliau pelbagai kaum dan warga asing tampil membuat persembahan dalam acara kebudayaan Melayu di Teater Kallang malam ini (11 Nov).

Bertajuk Lentur Buluh, ia dianjurkan bersama Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MESRA) Persatuan Rakyat serta Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) GRC Jurong, Bukit Batok dan Yuhua.

Persembahan itu bertujuan membawa pelbagai kumpulan pelajar untuk menghargai budaya dan tradisi seni persembahan orang Melayu.

"HARUS KEKALKAN BUDAYA MELAYU SUDAHA TIDAK BINASA"

Salah seorang peserta yang terlibat termasuk Raiyan Syazani Shahrin, yang menyampaikan sajak tentang perjuangan identiti orang Melayu.

Walaupun baru berusia 12 tahun, Raiyan sedar tanggungjawabnya untuk mengekalkan identiti juga amalan budaya nenek moyang.

"Memang budaya Melayu ini memang unik daripada budaya yang lain. Jadi pada pendapat saya, saya harus, sebagai pewaris budaya Melayu ini, saya harus mengekalkan budaya Melayu ini supaya budaya Melayu ini tidak binasa," kata Raiyan.

Beliau adalah antara 150 peserta dari pelbagai kumpulan pelajar dan kegiatan yang memeriahkan acara itu.

Sesuai dengan namanya Lentur Buluh, ia bukan sahaja sebagai wadah untuk mempamerkan bakat tetapi juga untuk mendekatkan lagi generasi baru dengan budaya Melayu.

PELAJAR BUKAN MELAYU NYANYIKAN LAGU MELAYU

Malah, sambil menyelam minum air, pihak penganjur mengambil kesempatan itu untuk mendedahkan budaya Melayu kepada kaum lain juga warga asing yang turut terlibat dalam beberapa persembahan.

Seramai lima pelajar bukan Melayu turut terlibat dalam acara tersebut, termasuk Bianca Isabel Rosario Abuan, pelajar berusia 14 tahun yang menyanyikan sebuah lagu Melayu semasa persembahan beliau.

"Saya dapat mengenali dengan lebih dekat lagi budaya Melayu, khususnya tarian dan muzik tradisionalnya. Saya mempelajari tentang tarian Melayu, bagaimana gerakannya yang lemah gemalai." kata Bianca.

Malah bagi Jasmin Tey Xinyi, 15 tahun, minatnya yang mendalam terhadap budaya Melayu bukan sahaja terhad kepada bidang tarian sahaja.

"Saya gadis Cina dan walaupun saya memilih tarian Melayu sebagai pilihan pertama saya untuk aktiviti ko-kurikular, saya mahu mencuba lebih banyak perkara baru seperti budaya, makanan dan terutamanya tarian mereka."

Selama dua jam, sekitar 1,000 penonton dihiburkan dengan persembahan-persembahan seperti sajak, dikir barat, angklung juga persembahan kontemporari seperti tarian moden dan hip hop.  

Sumber : BERITA Mediacorp/NF/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan