Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

15 lelaki ditahan, disyaki urus niaga haram minyak gas marin

Seramai 15 lelaki disyaki terlibat dalam mencuri dan menjual minyak gas marin ditangkap hari ini (4 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
15 lelaki ditahan, disyaki urus niaga haram minyak gas marin

Rumah api Sultan Shoal. (Gambar: Raszman Abdul Rasid dan Istifar Zainuddin)

Diterbitkan : 04 May 2018 10:46PM Dikemas Kini : 04 May 2018 10:51PM

SINGAPURA: Seramai 15 lelaki disyaki terlibat dalam mencuri dan menjual minyak gas marin ditangkap hari ini (4 Mei).

Dalam satu kenyataan media, pihak berkuasa menyatakan Polis Pengawal Pantai menerima maklumat bahawa sebuah bot tunda asing dan sebuah kapal berdaftar di Singapura mungkin teribat dalam urus niaga tersebut di perairan rumah api Sultan Shoal.

"Siasatan awal menunjukkan lapan anggota krew kapal yang berdaftar di Singapura dipercayai mencuri 1,000 liter MGO tanpa pengetahuan syarikat mereka," kata polis. Tambahnya, minyak itu dipercayai dijual kepada tujuh awak kapal dalam bot tunda berkenaan. Bot tunda tersebut sudah dirampas untuk disiasat.

Lelaki-lelaki tersebut berusia antara 26 hingga 60 tahun. Enam daripada mereka sedang disiasat manakala sembilan lagi akan didakwa di mahkamah esok (5 Mei) kerana melakukan pecah amanah jenayah milik syarikat berkenaan.

Sabit kesalahan mereka boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan didenda.        

Sumber : CNA/SU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan