Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

14 orang dikejar ke hospital setelah pokok tumbang di Sembawang Park

Seramai 14 orang dihantar ke hospital selepas sebatang pokok tumbang di atas sebuah tempat teduh semasa cuaca hujan lebat berserta guruh di Sembawang Park pada petang tadi (20 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
14 orang dikejar ke hospital setelah pokok tumbang di Sembawang Park

Seramai 14 orang cedera apabila dua pokok tumbang semasa cuaca hujan lebat berserta guruh di Sembawang Park. (Gambar-Gambar: Marcus Mark Ramos)

Diterbitkan : 20 Dec 2018 09:55PM Dikemas Kini : 20 Dec 2018 11:43PM

SINGAPURA: Seramai 14 orang dihantar ke hospital selepas sebatang pokok tumbang di atas sebuah tempat teduh semasa cuaca hujan lebat berserta guruh di Sembawang Park pada petang tadi (20 Dis).

Ia merupakan salah satu daripada dua batang pokok yang tumbang semasa cuaca hujan lebat berserta guruh dan tiupan angin kencang pada petang tadi, menurut Lembaga Taman Negara (NParks).

Pokok yang tumbang ke atas sebuah tempat teduh merupakan pokok jenis Erythrophleum suaveolens, yang juga dikenali sebagai pokok air merah. Menurut NParks, pokok berkenaan berukuran sekitar 21 meter tinggi.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pihaknya memberi respons kepada insiden yang berlaku di Beaulieu Road pada sekitar 5.55 petang. Sumber-sumber menyelamat dan perubatan juga dikerahkan ke tempat kejadian.

Tiada sesiapa yang terperangkap akibat kejadian tersebut. 14 orang dihantar ke Hospital Khoo Teck Puat menerusi ambulans-ambulans SCDF.

Sebatang lagi pokok, iaitu jenis Tabebuia rosea yang juga dikenali sebagai pokok trompet, juga tumbang semasa ribut itu, menurut NParks.

Pengarah Kumpulan bagi Taman NParks, Chuah Hock Seong, berkata lembaga itu sedang menyiasat punca insiden tersebut.

"Kami difahamkan bahawa semua orang yang cedera kini berada dalam keadaan stabil dan kami sedang berusaha untuk menghubungi keluarga mereka," tambahnya.

Encik Lim Hock Lye, pemilik restoran Beaulieu House di Sembawang Park, memberitahu Mediacorp bahawa beliau ternampak para pegawai polis dan SCDF di taman berkenaan pada sekitar 6.00 petang.

Menurut Encik Lim, sekumpulan sekitar 10 orang sedang mengadakan sambutan Krismas berdekatan sebuah taman permainan. Mereka kemudian berteduh di sebuah astaka yang roboh apabila sebatang pokok tumbang di atasnya, kata beliau.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan