Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

14 kes baru COVID-19 di S'pura, kesemuanya diimport

Sebanyak 14 kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari Selasa (26 Jan), menurut kemas kini awal harian Kementerian Kesihatan (MOH).

Anggaran Waktu Membaca:
14 kes baru COVID-19 di S'pura, kesemuanya diimport

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 26 Jan 2021 03:59PM Dikemas Kini : 26 Jan 2021 04:02PM

SINGAPURA: Sebanyak 14 kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari Selasa (26 Jan), menurut kemas kini awal harian Kementerian Kesihatan (MOH).

Kesemua jangkitan adalah kes import yang dikenakan notis jangan keluar rumah setibanya mereka di sini.

Tiada jangkitan tempatan dilaporkan dalam masyarakat mahupun di dormitori-dormitori pekerja asing.

Perincian kes-kes baru itu akan diterbitkan pada Selasa malam, tambah MOH.

Langkah-langkah pengurusan selamat lebih ketat berkuat kuasa di Singapura pada Selasa, yang menghadkan setiap isi rumah kepada lapan tetamu sehari.

Orang ramai juga harus menghadkan kunjungan mereka kepada tidak lebih dua rumah sehari, menurut pihak berkuasa di sidang media berbilang kementerian bagi COVID-19 pada minggu lalu.

Sebelum ini, sehingga lapan tetamu dibenarkan di setiap rumah pada satu-satu masa, tanpa had ke atas jumlah rumah yang boleh dikunjungi.

Langkah-langkah tersebut diperketat ekoran kenaikan jumlah kes COVID-19 dalam masyarakat serta risiko penularan semasa musim cuti Tahun Baru Cina yang menjelang, jelas pihak berkuasa.

Pada Isnin pula, Menteri Pendidikan Lawrence Wong berkata ia mungkin akan mengambil masa empat hingga lima tahun sebelum pandemik COVID-19 berakhir dan permulaan "kelaziman pasca-COVID".

Encik Wong, yang juga pengerusi bersama pasukan bertindak COVID-19, berkata masih terdapat "banyak "ketidaktentuan" tentang bagaimana koronavirus itu akan membentuk masyarakat dalam tahun-tahun mendatang.

Pematuhan langkah-langkah pengurusan selamat seperti memakai pelitup dan menjauhi tempat-tempat sesak akan berterusan tahun ini dan "mungkin tempoh yang lama tahun depan", kata beliau.

Sehingga Selasa, Singapura melaporkan sebanyak 59,366 kes COVID-19 kesemuanya.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan