Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

130 kes baru tempatan COVID-19 di S'pura, termasuk 27 berkait Pelabuhan Perikanan Jurong

Sebanyak 130 kes tempatan baru COVID-19 dilaporkan setakat tengah hari Rabu (28 Jul), termasuk 27 dikaitkan dengan kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong/Pasar & Pusat Makanan Hong Lim manakala dua dalam kelompok KTV.

Anggaran Waktu Membaca:
130 kes baru tempatan COVID-19 di S'pura, termasuk 27 berkait Pelabuhan Perikanan Jurong

Tempat masuk Pelabuhan Perikanan Jurong pada 19 Jul 2021. (Gambar fail: Ili Nadhirah Mansor/TODAY)

Diterbitkan : 28 Jul 2021 07:00PM Dikemas Kini : 28 Jul 2021 07:01PM

SINGAPURA: Sebanyak 130 kes tempatan baru COVID-19 dilaporkan setakat tengah hari Rabu (28 Jul), termasuk 27 dikaitkan dengan kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong/Pasar & Pusat Makanan Hong Lim manakala dua dalam kelompok KTV.

Kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong/Pasar & Pusat Makanan Hong Lim kini meningkat kepada 929 kes dan terus menjadi kelompok terbesar di negara ini.

Dalam kalangan jangkitan baru hari ini, 61 berhubung kait kes terdahulu dan sudah dikuarantin. Lagi 21 kes dikaitkan jangkitan terdahulu dikesan menerusi ujian pengawasan.

Baki 48 jangkitan tidak berhubung kait mana-mana kes sebelumnya, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini hariannya.

Tiga kes tersebut merupakan warga emas beruis lebih 70 tahun yang tidak mendapatkan suntikan vaksin atau menerima hanya satu dos suntikan dan berisiko terkena penyakit serius, kata MOH.

Terdapat juga enam kes import yang menjalani notis jangan keluar keluar rumah (SHN) atau pengasingan setibanya di Singapura. Dua dikesan sebaik tiba di sini manakala empat jatuh sakit semasa tempoh pengasingan atau SHN.

Secara keseluruhan, Singapura melaporkan 136 kes baru COVID-19 pada Rabu.

MOH akan memberikan butiran lanjut mengenai keadaan koronavirus di Singapura malam ini nanti.

Sehingga Rabu, Singapura telah mencatat 64,589 kes COVID-19.

Sumber : CNA/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan