Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

13 lelaki ditahan merusuh di Geylang Road

Polis menahan 13 lelaki berhubung satu insiden pergaduhan di Geylang pada awal pagi Ahad (16 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
13 lelaki ditahan merusuh di Geylang Road

Gambar fail gari tangan. (Gambar: Michelle Shephard/AFP)

Diterbitkan : 17 Jun 2019 09:49PM Dikemas Kini : 17 Jun 2019 10:02PM

SINGAPURA: Polis menahan 13 lelaki berhubung satu insiden pergaduhan di Geylang pada awal pagi Ahad (16 Jun).

Menurut polis dalam media yang dikeluarkan hari ini (17 Jun), pihaknya menerima laporan mengenai pergaduhan di 517 Geylang Road pada sekitar pukul 3.00 pagi.

Kesemua suspek yang berusia antara 18 dengan 23 tahun itu kemudian ditangkap kerana disyaki terlibat dalam satu kes rusuhan, tambah polis.

Siasatan masih dijalankan.

Sesiapa yang didapati bersalah merusuh boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan disebat. 

Sumber : CNA/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan