Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

13 individu disiasat langgar peraturan COVID-19 di pejabat Ubi

Seramai 13 orang disiasat kerana dipercayai melanggar langkah jarak selamat COVID-19 di sebuah unit pejabat di Ubi, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Isnin (3 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
13 individu disiasat langgar peraturan COVID-19 di pejabat Ubi

(Gambar: SPF)

Diterbitkan : 03 May 2021 02:52PM Dikemas Kini : 03 May 2021 02:55PM

SINGAPURA: Seramai 13 orang disiasat kerana dipercayai melanggar langkah jarak selamat COVID-19 di sebuah unit pejabat di Ubi, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Isnin (3 Mei).

Mereka dikatakan minum alkohol dan mengadakan pergaulan sosial apabila polis menyerbu unit itu di Ubi Road 2 pada 1 Mei.

"Hiburan awam dan minuman keras dipercayai disediakan di tempat itu tanpa lesen sah," menurut SPF dalam satu kenyataan media.

"Peralatan karaoke ditemui di unit itu juga dirampas sebagai bahan bukti kes."

Tiga belas individu itu, berusia antara 21 dengan 33 tahun sedang disiasat.

Selain itu, seorang lelaki berusia 31 tahun, dipercayai pengendali unit itu juga disiasat bagi kesalahan di bawah Akta Hiburan Awam dan Akta Kawalan Minuman Keras (Bekalan dan Pengambilan) 2015, menurut polis.

Di bawah peraturan COVID-19 Singapura, perhimpunan sosial dihadkan kepada jumlah maksimum lapan orang dalam sebuah kumpulan.

Orang ramai dinasihati supaya memandang serius langkah jarak selamat, menurut SPF.

"Polis akan terus mengambil langkah penguatkuasaan tegas terhadap kegiatan haram," menurut SPF.

"Mereka didapati terbabit dalam kegiatan haram, atau melanggar langkah jarak selamat akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang."

Mereka yang gagal mematuhi langkah jarak selamat boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$10,000 atau kedua-duanya.

Hukuman bagi kesalahan menyediakan hiburan awam dan membekalkan minuman keras tanpa lesen sah masing-masing membawa denda sehingga S$20,000.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan