Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

120 kondominium akan dilengkapi alat AED jelang 2021

Lebih 50 kondominium dilengkapi dengan alat defibrilator luaran automatik (AED) atau penolong serangan jantung sejak pertengahan tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Nov 2019 06:42PM Dikemas Kini : 18 Nov 2019 10:56PM

SINGAPURA: Lebih 50 kondominium dilengkapi dengan alat defibrilator luaran automatik (AED) atau penolong serangan jantung sejak pertengahan tahun lalu.

Pasukan Pertahanan Awam (SCDF) merancang menambah jumlah itu kepada sekitar 120 kondominium, menjelang awal 2021.

Ini termasuk melatih para penduduk dan sukarelawan di kondominium terbabit menggunakan alat AED.

AED adalah peralatan yang meningkatkan peluang seseorang mengatasi serangan jantung.

Ia juga merupakan sebahagian usaha untuk meluaskan penggunaan AED, selain kawasan perumahan awam.

Kondominium Casa Merah adalah salah satu daripada 30 kondominium yang sudah pun menjalani latihan sedemikian.

Lebih 700 penduduk merata negara kini diiktiraf sebagai pakar CPR dan AED, menerusi latihan sedemikian.

Menurut Yayasan Jantung Singapura, pelaksanaan CPR dan AED boleh meningkatkan peluang seseorang atasi serangan jantung, sebanyak 50%.

Sebelum ini, terdapat satu alat AED di setiap dua blok flat di estet-estet perumahan awam.

SCDF kini sedang bekerjasama dengan agensi-agensi lain bagi mengenal pasti lebih banyak tempat untuk menyediakan alat AED.

Sumber : CNA/AA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan