Images
  • NUS fail
    Gambar fail NUS. 

12 pelajar NUS dibuang sekolah jika denda baru lebih tegas salah laku seksual dilaksana

SINGAPURA: Jawatankuasa semakan mengenai salah laku seksual di Universiti Nasional Singapura NUS menyatakan, denda yang sedia ada, bukan satu "langkah pencegahan yang berkesan".

Malah menurut jawatankuasa itu, di bawah rangka kerja baru yang lebih ketat, seramai 12 pesalah boleh dibuang sekolah.

Universiti itu menubuhkan sebuah jawatankuasa semakan pada April tahun ini setelah seorang mahasiswi, Monica Baey menggesa agar denda lebih berat dikenakan terhadap seorang lagi pelajar Nicholas Lim, yang merakamnya di dalam bilik mandi asrama. Menteri Pendidikan Ong Ye Kung sebelum ini menyifatkan denda sedia ada sebagai "sangat tidak mencukupi".

Dalam laporan jawatankuasa itu pada Isnin (10 Jun) kepada Lembaga Pengamanah NUS yang dilihat oleh Mediacorp, ia menyatakan terdapat "jumlah insiden salah laku seksual yang tinggi setiap tahun" di NUS dan memutuskan bahawa rangka kerja denda sedia ada bagi kesalahan-kesalahan serius "tidak bertindak sebagai langkah pencegah berkesan terhadap kesalahan-kesalahan sedemikian".

Ia juga menyenaraikan masalah pada rangka kerja sedia ada NUS dan "kelemahan dalam sokongan kepada para mangsa".

Lembaga itu menyatakan pada Isnin bahawa ia sudah menerima saranan-saranan jawatankuasa itu "sepenuhnya" dan ia "berdasarkan fakta, seimbang dan menyeluruh".

Saranan-saranan termasuk pelajar dibuang sekolah serta merta bagi kes-kes salah laku seksual yang serius dan tempoh penggantungan dari sekolah juga akan didedahkan dalam transkrip akademik.

12 PELAJAR BOLEH DIBUANG SEKOLAH

Jawatankuasa itu menyatakan semasa menjalankan analisis terhadap 25 kes yang berlaku di NUS sepanjang tiga tahun lalu, ia mendapati bahawa kesemua kecuali hanya satu kes boleh dikenakan hukuman lebih berat di bawah rangka kerja baru itu.

Daripada 25 kes di NUS, seramai 12 mahasiswa boleh dibuang sekolah jika rangka kerja baru yang lebih ketat itu dikuatkuasakan. Manakala lagi empat mahasiswa akan dibuang sekolah selama dua tahun dan untuk lapan yang lain; sekurang-kurangnya setahun. Bukti bagi kes terakhir tidak mencukupi.

Kesemua lima pesalah yang dijatuhi hukuman penjara pula boleh dibuang sekolah di bawah rangka kerja baru tersebut.

Denda yang disarankan oleh jawatankuasa itu termasuk penggantungan minimum setahun dan dibuang sekolah bagi kes-kes lebih serius - termasuk beberapa kes salah laku seksual tanpa faktor yang meringankan hukuman. 

- CNA/NA/na

Top