Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

12 orang disiasat langgar peraturan COVID-19 di KTV tidak berlesen di Woodlands

Seramai 12 orang sedang disiasat kerana didakwa melanggar peraturan COVID-19 di sebuah cawangan KTV yang tidak berlesen di Woodlands, menurut polis pada Selasa (29 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
12 orang disiasat langgar peraturan COVID-19 di KTV tidak berlesen di Woodlands

(Gambar: SPF)

Diterbitkan : 29 Jun 2021 08:19PM Dikemas Kini : 29 Jun 2021 08:29PM

SINGAPURA: Seramai 12 orang sedang disiasat kerana didakwa melanggar peraturan COVID-19 di sebuah cawangan KTV yang tidak berlesen di Woodlands, menurut polis pada Selasa (29 Jun).

Suspek tersebut terdiri daripada sembilan lelaki dan tiga wanita, berusia 20 hingga 30 tahun, kata polis.

Polis menerima maklumat pada 15 Jun sekitar 12.35 tengah malam bahawa sebuah KTV yang tidak berlesen sedang beroperasi di Woodlands Industrial Park E1. Ketika pegawai tiba, mereka menemui 12 orang yang didakwa bergaul di lokasi tersebut.

Hiburan awam dan minuman keras juga dipercayai disediakan di unit tanpa lesen yang sah itu. Peralatan karaoke, botol minuman keras dan tin bir yang terdapat di unit itu disita.

Kesemua 12 orang disiasat kerana tidak mematuhi langkah-langkah jarak selamat.

Seorang lelaki berusia 30 tahun, antara 12 yang ditemui di unit itu, dipercayai pengendali tempat tersebut.
Dia akan disiasat kerana membekalkan minuman keras tanpa lesen yang sah di bawah Akta Kawalan Minuman (Bekalan dan Penggunaan) 2015, selain menyediakan hiburan awam tanpa lesen di bawah Akta Hiburan Awam.

Kesalahan membekalkan minuman keras dan menyediakan hiburan awam tanpa lesen yang sah masing-masing membawa denda hingga S$20,000, menurut polis.

Bagi kesalahan melanggar langkah jarak selamat di bawah Peraturan COVID-19 2020 (Langkah Sementara) (Perintah Kawalan), pesalah boleh dipenjara sehingga enam bulan, didenda tidak lebih S$10,000 atau kedua-duanya.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan