12 kes baru dalam masyarakat, 5 tidak berkait antara 21 jangkitan baru COVID-12 di Singapura
Singapura melaporkan 12 jangkitan baru COVID-19 dalam masyarakat setakat Sabtu (12 Jun), termasuk lima yang tidak berhubung kait dengan kes belum ini.
SINGAPURA: Singapura melaporkan 12 jangkitan baru COVID-19 dalam masyarakat setakat Sabtu (12 Jun), termasuk lima yang tidak berhubung kait dengan kes belum ini.
Tujuh dikaitkan dengan kes terdahulu dengan dua sudah dikuarantin dan lima dikesan melalui proses pengawasan, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam laporan awalnya.
Terdapat juga sembilan kes import, semuanya warga Singapura atau penduduk tetap yang baru pulang. Mereka sudah dikenakan notis jangan keluar rumah sebaik tiba di Singapura.
Ini menjadikan 21 kes baru COVID-19 kesemuanya dilaporkan di sini pada Sabtu.
Tiada jangkitan baru dilaporkan di dormitori pekerja hijrahan.
Butiran kes hari ini akan diumumkan malam nanti, kata MOH.
Sehingga hari ini, Singapura melaporkan 62,266 kes COVID-19 dan 34 kematian.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.