Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

12 disiasat judi haram, langgar peraturan COVID-19 di Bukit Panjang

12 orang disiasat kerana disyaki terbabit dalam aktiviti perjudian haram dan melanggar peraturan jarak selamat COVID-19 di sebuah rumah di Bukit Panjang, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Jumaat (11 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
12 disiasat judi haram, langgar peraturan COVID-19 di Bukit Panjang

(Gambar: SPF)

Diterbitkan : 11 Jun 2021 11:18PM Dikemas Kini : 11 Jun 2021 11:20PM

SINGAPURA: 12 orang disiasat kerana disyaki terbabit dalam aktiviti perjudian haram dan melanggar peraturan jarak selamat COVID-19 di sebuah rumah di Bukit Panjang, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Jumaat (11 Jun).

Suspek terdiri daripada tujuh lelaki dan lima wanita berusia antara 21 dengan 70 tahun, menurut polis dalam satu kenyataan media.

Pegawai dari Divisyen Polis Jurong menjalankan operasi sekitar pukul 9.00 malam pada Khamis (10 Jun) di sebuah rumah di Gangsa Road. Semasa operasi dijalankan, mereka mendapati 12 individu itu dipercayai sedang berkumpul dan melakukan kegiatan berkaitan judi, menurut SPF.

Kesemua suspek akan disiasat kerana tidak mematuhi langkah pengurusan selamat. Di bawah sekatan Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat) hanya dua pengunjung dibenarkan setiap hari.

Dalam kalangan kumpulan itu, seorang wanita berusia 55 tahun dan seorang lelaki 53 tahun diberkas kerana didakwa menggunakan kediaman itu sebagai tempat perjudian.

Lagi tiga wanita dan seorang lelaki berusia 48 hingga 70 tahun - sedang disiasat kerana berjudi di tempat perjudian.

Polis turut merampas wang tunai dan barangan berkaitan perjudian.

Siasatan masih dijalankan.

Sesiapa yang didapati bersalah menggunakan sebuah tempat sebagai rumah judi boleh didenda S$5,000 hingga S$50,000 dan dihukum penjara sehingga tiga tahun.

Suspek disabit berjudi di tempat perjudian boleh dikenakan denda sehingga S$5,000, hukuman penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

SPF menyatakan ia "memandang serius segala bentuk aktiviti perjudian haram dan akan terus mengambil tindakan penguatkuasaan tegas" terhadap mereka yang melanggar undang-undang.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan