Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

113 kes tempatan baru COVID-19 di Singapura, termasuk 38 tanpa hubung kait

Singapura melaporkan 113 kes tempatan baru COVID-19 setakat tengah hari Ahad (1 Ogos), termasuk 38 jangkitan yang tidak berhubung kait dengan kes-kes terdahulu.

Anggaran Waktu Membaca:
113 kes tempatan baru COVID-19 di Singapura, termasuk 38 tanpa hubung kait

Tempat duduk yang ditutup di sebuah pusat penjaja pada 22 Jul 2021, pada hari pertama kembalinya ke Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat) (Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 01 Aug 2021 06:47PM Dikemas Kini : 01 Aug 2021 06:52PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 113 kes tempatan baru COVID-19 setakat tengah hari Ahad (1 Ogos), termasuk 38 jangkitan yang tidak berhubung kait dengan kes-kes terdahulu.

Sebanyak 70 jangkitan yang berhubung kait dengan kes sebelumnya sudah dikuarantin, manakala lagi lima kes yang ada hubung kait dikesan menerusi ujian pengawasan.

Dalam kalangan kes baru itu, tujuh yang berusia lebih 70 tahun tidak divaksinasi atau baru menerima suntikan dos pertama, dan berisiko menghidap penyakit serius, kata Kementerian Kesihatan (MOH).

Terdapat juga lapan kes import, yang dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setiba mereka di sini. Satu kes dikesan sebaik tiba di sini manakala lagi tujuh jatuh sakit semasa tempoh SHN atau pengasingan.

Kesemuanya, Singapura melaporkan 121 kes baru COVID-19 pada Ahad.

MOH akan mengeluarkan kemas kini lanjut pada malam ini berkenaan keadaan COVID-19 di Singapura.

Setakat Ahad, Singapura telah melaporkan 65,102 kes COVID-19.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan