Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

110 cawangan FairPrice dibuka pada hari pertama Tahun Baru Cina

Sekitar 75 peratus cawangan pasar raya NTUC FairPrice terus dibuka pada hari pertama Tahun Baru Cina, menurut rangkaian pasar raya itu pada Khamis (24 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
110 cawangan FairPrice dibuka pada hari pertama Tahun Baru Cina

Gambar fail cawangan NTUC FairPrice. (Gambar: FairPrice)

Diterbitkan : 24 Jan 2019 04:03PM Dikemas Kini : 24 Jan 2019 04:05PM

SINGAPURA: Sekitar 75 peratus cawangan pasar raya NTUC FairPrice terus dibuka pada hari pertama Tahun Baru Cina, menurut rangkaian pasar raya itu pada Khamis (24 Jan).

Sejumlah 110 daripada 146 cawangan FairPrice dibuka pada 5 Februari dengan 79 cawangan dibuka sehingga pukul 5.00 petang. 31 cawangan yang lain akan beroperasi secara biasa.

Bilangan itu adalah lebih rendah berbanding tahun lalu, di mana 138 cawangan terus beroperasi pada hari pertama Tahun Baru Cina.

Menurut jurucakap NTUC FairPrice, jumlah cawangan yang dibuka berdasarkan pertimbangan operasi seperti kakitangan dan jumlah pelanggan.

NTUC FairPrice menyatakan sebanyak 121 cawangan akan terus dibuka sehingga pukul 5.00 petang pada 4 Februari, iaitu hari sebelum Tahun Baru Cina. Cawangan-cawangan 24 jamnya serta cawangan di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi akan beroperasi secara biasa.

Pada 6 Februari iaitu hari kedua Tahun Baru Cina, semua cawangan FairPrice kecuali cawangannya di Pusat Beli-Belah MacPherson akan dibuka secara biasa. Cawangan di Pusat Beli-Belah MacPherson pula dibuka pada hari ketiga Tahun Baru Cina.

Cawangan-cawangan itu dibuka bagi memenuhi keperluan membeli-belah di saat-saat akhir.

Mulai Sabtu ini (26 Jan), rangkaian pasar raya itu juga akan melanjutkan waktu operasi bagi lebih 60 cawangannya untuk menampung jumlah pelanggan yang meningkat.

Khidmat penghantarannya melalui online FairPrice On akan dihadkan antara pukul 8.00 pagi dengan 6.00 petang dari 4 hingga 6 Februari. Waktu khdimat penghantaran biasa akan disambung semula pada 7 Februari.

Maklumat lanjut mengenai waktu operasi FairPrice sepanjang perayaan Tahun Baru Cina boleh didapati di lamannya.  

Sumber : CNA/AI/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan