Images
  • rumah  urut
    Polis mengadakan serbuan di rumah-rumah urut di Jalan Bukit Merah, Tanjong Pagar dan South Bridge Road. (Gambar: SPF) 

11 wanita ditangkap susuli serbuan di rumah urut

SINGAPURA: Polis menangkap 11 wanita dalam satu serbuan di beberapa rumah urut tidak berlesen di Jalan Bukit Merah, Tanjong Pagar dan South Bridge Road pada Selasa lalu (12 Dis).

Dalam satu kenyataan semalam (14 Dis), polis menyatakan bahawa ia menahan 11 wanita yang berusia antara 28 hingga 40 tahun atas kesalahan di bawah Piagam Wanita dan Akta Pengambilan Pekerja Asing.

Tindakan juga akan diambil terhadap empat rumah urut atas kesalahan di bawah Akta Rumah Urut, menurut polis.

Sisatan ke atas para suspek sedang dijalankan.   

- CNA/SM/sm

Top