Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

11 pengangkut, katil, kereta sorong bayi didapati tidak selamat selepas ujian

Beberapa produk kanak-kanak termasuk pengangkut, katil dan kereta sorong bayi didapati tidak selamat selepas ujian dijalankan.

Anggaran Waktu Membaca:
11 pengangkut, katil, kereta sorong bayi didapati tidak selamat selepas ujian

(Gambar-gambar: Enterprise Singapore)

Diterbitkan : 05 Nov 2019 03:09PM Dikemas Kini : 05 Nov 2019 03:11PM

SINGAPURA: Beberapa produk kanak-kanak termasuk pengangkut, katil dan kereta sorong bayi didapati tidak selamat selepas ujian dijalankan.

Enterprise Singapore mendapati produk-produk tersebut boleh membuat bayi tercekik, terperangkap, terjatuh atau mengalami luka-luka.

Bagi pengangkut bayi, nama produk-produk yang dikenal pasti adalah MINE 4 Position Baby Carrier, OEM Adapt 3 Position Baby Carrier, Sorbebe Airo Robic Hip Seat Baby Carrier dan I-Angel Miracle Hip Seat Carrier.

Empat katil buaian bayi yang dikenal pasti termasuk SG Baby Shop Model SX, Premium Baby Bed Set Model Hope HP 810M, Puku Izzy Foldable Baby Cot Model P30112 and Milano – Oxford 4 in 1 Convertible Cot Model BD302.

Tiga kerusi sorong bayi yang didapati tidak selamat pula adalah YOYA Baby Cabin Travel, Belecoo Compact dan Seebaby Little Monster.

Menurut Enterprise Singapore, kesemua produk itu boleh dibeli daripada wadah e-dagang termasuk Qoo10, Shopee dan Lazada.

Para pembekal terbabit sudah mengeluarkan produk tersebut daripada dijual menyusuli makluman yang dikeluarkan Enterprise Singapore. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan