Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

102 ditangkap di Geylang atas pelbagai kesalahan dalam operasi 9 hari

Seramai 102 orang diberkas di Geylang atas pelbagai kesalahan dalam satu operasi pelbagai agensi penguatkuasa selama sembilan hari, menurut polis hari ini (24 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
102 ditangkap di Geylang atas pelbagai kesalahan dalam operasi 9 hari

Gambar hiasan. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 24 Mar 2018 10:54PM Dikemas Kini : 24 Mar 2018 10:55PM

SINGAPURA: Seramai 102 orang diberkas di Geylang atas pelbagai kesalahan dalam satu operasi pelbagai agensi penguatkuasa selama sembilan hari, menurut polis hari ini (24 Mac).

Operasi yang berakhir semalam (23 Mac) membabitkan para pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (CID), Biro Narkotik Pusat (CNB), Penguasa Sains Kesihatan (HSA), Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Kastam Singapura.

Tiga daripada suspek yang berusia antara 21 dengan 30 tahun ditangkap kerana menjaja rokok tidak dibayar cukai. Selain itu, ubat perangsang seksual terlarang, ubat batuk dan pil-pil haram juga dirampas.

Kesemuanya, barangan tersebut bernilai lebih S$17,000, demikian didedahkan polis.

Lagi 76 orang berusia antara 17 dengan 78 tahun pula ditangkap atas kesalahan berkaitan dadah, melanggar undang-undang imigresen, berjudi, memiliki senjata dan melakukan kekerasan jenayah terhadap seorang pegawai awam.

Seramai 23 wanita juga yang berusia antara 19 dengan 45 tahun yang ditangkap atas kesalahan maksiat.

Siasatan ke atas kesemua suspek sedang dijalankan, menurut polis.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan