Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

10 orang didakwa langgar peraturan COVID-19, berhimpun di rumah sewa minum teh, belajar atau berbual

Tujuh lelaki dan tiga wanita didakwa pada Jumaat (22 Mei) atas pelbagai kesalahan melanggar undang-undang COVID-19 dengan berkumpul di sebuah rumah sewa untuk minum teh, berbual-bual atau belajar.

Anggaran Waktu Membaca:
10 orang didakwa langgar peraturan COVID-19, berhimpun di rumah sewa minum teh, belajar atau berbual

(Gambar fail: Mediacorp)

Diterbitkan : 22 May 2020 02:12PM Dikemas Kini : 22 May 2020 02:15PM

SINGAPURA: Tujuh lelaki dan tiga wanita didakwa pada Jumaat (22 Mei) atas pelbagai kesalahan melanggar undang-undang COVID-19 dengan berkumpul di sebuah rumah sewa untuk minum teh, berbual-bual atau belajar.

Tiga penyewa di 34A Kim Keat Road dituduh menjemput tujuh orang lain berkunjung atas tujuan sosial pada pagi 5 Mei.

Di bawah peraturan COVID-19, perjumpaan antara anggota berlainan rumah untuk tujuan sosial dilarang dan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum enam bulan, denda hingga S$10,000, atau kedua-duanya.

Ketiga-tiga penyewa adalah: Rakyat India Avinash Kaur, 27, Navdeep Singh, 20, dan Sajandeep Singh, 21.

Tujuh tetamu itu ialah: Warga India Arpit Kumar, 20, Bhullar Jasteena, 23, Karmjit Singh, 30, Mohammed Imran Pasha, 26, Sharma Lukesh, 21, Vijay Kumar, 20, dan Waseem Akram, 33.

Avinash dikenakan satu dakwaan membenarkan Bhullar masuk ke rumah untuk belajar pada jam 11.30 pagi, 5 Mei. Bhullar dituduh berjumpa dengan Avinash untuk belajar dan menyiapkan tugasan sekolah.

Navdeep dikenakan tiga tuduhan membenarkan Waseem, Arpit dan Mohammed Imran memasuki rumah yang sama untuk berbual-bual dan minum teh pada 9.00 pagi hari yang sama.

Penyewa ketiga, Sajandeep, juga dikenakan tiga tuduhan. Dia didakwa membenarkan Vijay, Karmjit dan Sharma ke dalam rumah untuk berbual-bual dan minum teh pagi itu.

Kesemua tetamu dikenakan dakwaan yang sama. Vijay dituduh bertemu dengan Sajandeep untuk belajar dan membincangkan sesuatu tugasan, sementara Sharma didakwa bertemu dengan Sajandeep untuk berbual-bual dan mengambil beberapa barang dan Karmjit dikatakan bertemu dengan Sajandeep untuk mengambil barang juga.

Karmjit berkata dia tidak tahu menahu tentang undang-undang itu, sementara Imran berkata dia baru sahaja tiba di Singapura dua bulan yang lalu dan tidak mengetahui peraturan tersebut.

Bhullar berkata bahawa dia tidak bermaksud untuk "merosakkan peraturan Singapura" dan mengatakan bahawa dia harus menyiapkan tugasan sekolah.

Menurutnya dia tidak "berniat buruk" dan tidak akan dapat membayar denda yang tinggi kerana hanya seorang pelajar.

"Mungkin saya melakukan kesalahan, saya amat menyesalinya," kata Bhullar melalui seorang penterjemah.

Ketiga-tiga penyewa berkata mereka akan mengaku bersalah dan akan kembali ke mahkamah untuk melakukannya pada 3 Jun.

Sebilangan besar tetamu juga akan mengaku bersalah, kecuali Bhullar yang akan kembali ke persidangan sebelum perbicaraan bulan depan.

Hukuman kerana melanggar peraturan COVID-19 adalah penjara maksimum enam bulan, denda tidak melebihi S$10,000, atau kedua-duanya.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan