Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

10 lelaki diberkas cuba masuk S'pura secara haram

 Polis Pengawal Pantai memberkas 10 lelaki yang cuba memasuki Singapura secara haram.

Anggaran Waktu Membaca:
10 lelaki diberkas cuba masuk S'pura secara haram

Kapal Polis Pengawal Pantai Singapura meronda di perairan Singapura. (Gambar fail: Reuters/Vivek Prakash)

Diterbitkan : 25 Jun 2018 07:58AM Dikemas Kini : 25 Jun 2018 08:00AM

SINGAPURA: Polis Pengawal Pantai memberkas 10 lelaki yang cuba memasuki Singapura secara haram.

Lelaki-lelaki yang berusia antara 20 hingga 44 tahun - dikesan menaiki sebuah bot laju, menuju Singapura pada sekitar 7.25 malam kelmarin (23 Jun).

Menurut polis, bot laju tersebut sudah berada dekat kawasan tanah tambak Tuas sebelum cuba meninggalkan perairan Singapura.

Kedua-dua sumber darat dan laut dikerahkan bagi operasi mencari, tambah polis.

Bot yang membawa 10 lelaki berkenaan kemudian dipintas. Mereka ditahan kerana cuba memasuki Singapura secara haram di bawah Akta Imigresen.

Mereka yang didapati cuba memasuki negara ini secara haram boleh dipenjara sehingga enam bulan dan tiga sebatan.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan