Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

10 kes baru COVID-19 di S'pura, termasuk 2 kes jangkitan tempatan

Singapura melaporkan 10 kes baru COVID-19 setakat tengah hari Selasa (1 Dis), menurut laporan awal Kementerian Kesihatan (MOH).

Anggaran Waktu Membaca:
10 kes baru COVID-19 di S'pura, termasuk 2 kes jangkitan tempatan

Orang ramai menyeberang persimpangan jalan raya di kawasan Orchard Road pada 25 Sep 2020. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

SINGAPURA: Singapura melaporkan 10 kes baru COVID-19 setakat tengah hari Selasa (1 Dis), menurut laporan awal Kementerian Kesihatan (MOH).

Dua kes merupakan jangkitan tempatan - satu dalam masyarakat manakala satu lagi tinggal di dormitori.

Sebanyak lapan kes import turut dilaporkan, di mana kesemuanya sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura.

Butiran lanjut akan diumumkan malam nanti, menurut MOH.

Pada Isnin (30 Nov), Kasino Marina Bay Sands dan beberapa restoran di merata SIngapura, termasuk di pusat beli-belah The Central dan The Centrepoint antara tempat yang dikunjungi kes COVID-19 semasa tempoh mereka berjangkit.

16 tempat ditambah ke dalam senarai itu, menurut kemas kini yang disediakan MOH.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan