Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

1 maut, 4 cedera dalam kemalangan jalan raya di Koswe Woodlands

"Para pengguna jalan raya dinasihatkan supaya menggunakan pusat pemeriksaan Tuas sekiranya mereka perlu bertolak dari negara ini dengan segera."

Anggaran Waktu Membaca:
1 maut, 4 cedera dalam kemalangan jalan raya di Koswe Woodlands

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 30 Jun 2018 09:05AM Dikemas Kini : 30 Jun 2018 09:10AM

SINGAPURA: Sekurang-kurangnya seorang meninggal dunia dan empat lagi cedera dalam kemalangan jalan raya di Koswe pada pagi Sabtu (30 Jun).

Kemalangan tersebut mengakibatkan semua laluan Koswe menghala ke Johor Bahru ditutup buat sementara, selama dua jam.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai insiden di Koswe Woodlands pada sekitar jam 1.00 pagi, sebelum mengerahkan tiga ambulans dan sebuah kereta bomba .

Seorang lelaki disahkan meninggal dunia oleh para paramedik SCDF di tempat kejadian, manakala empat lain yang cedera dikejarkan ke hospital Khoo Teck Puat.

"Sebuah kemalangan jalan raya berlaku di Koswe. Semua laluan berlepas ditutup buat sementara," menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu catatan Facebook pada sekitar jam 2.30 pagi.

"Para pengguna jalan raya dinasihatkan supaya menggunakan pusat pemeriksaan Tuas sekiranya mereka perlu bertolak dari negara ini dengan segera."

Dalam satu lagi catatan Facebook pada sekitar 4.55 pagi, ICA menyatakan bahawa dua daripada tiga laluan berlepas dibuka semula dan menasihatkan para pengguna jalan raya untuk merujuk kepada laman One Motoring sebelum memulakan perjalanan masing-masing.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan