Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

1 maut, 2 cedera susuli kemalangan di Serangoon Road

Seorang lelaki meninggal dunia dan dua lagi mengalami kecederaan dalam satu kemalangan di Serangoon Road.

Anggaran Waktu Membaca:
1 maut, 2 cedera susuli kemalangan di Serangoon Road

Seorang lelaki meninggal dunia dan dua lagi mengalami kecederaan dalam satu kemalangan di Serangoon Road.

Diterbitkan : 03 Dec 2017 09:08AM Dikemas Kini : 03 Dec 2017 09:13AM

SINGAPURA: Seorang lelaki meninggal dunia dan dua lagi mengalami kecederaan dalam satu kemalangan di Serangoon Road.

Mediacorp difahamkan bahawa kemalangan tersebut dyang berlaku semalam (2 Dis), melibatkan sebuah lori dan sebuah motosikal.

Gambar dan video yang dikongsi secara online menunjukkan sebatang jalan berdekatan Race Course Lane dan Roberts Lane dihadang polis.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan bahawa ia menerima panggilan meminta bantuan pada sekitar 7.50 malam dan mengerahkan aset-asetnya ke Serangoon Road dengan serta-merta.

Seorang lelaki disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik manakala dua lagi dibawa ke Hospital Tan Tock Seng (TTSH) menurut SCDF. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan