1 maut, 2 cedera dalam nahas di AYE
Seorang lelaki berusia 33 tahun maut dan dua lagi cedera dalam kemalangan yang melibatkan enam kereta, dua motosikal dan sebuah lori di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) pada Rabu (12 Sep).
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 33 tahun maut dan dua lagi cedera dalam kemalangan yang melibatkan enam kereta, dua motosikal dan sebuah lori di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) pada Rabu (12 Sep).
Polis menyatakan bahawa ia dimaklumkan tentang insiden tersebut pada 5.19 petang, yang berlaku di jalan susur keluar Lower Delta Road di AYE yang menghala ke Tuas.
Seorang penunggang motosikal lelaki ditemui terbujur dan disahkan mati oleh pasukan paramedik di tempat kejadian.
Dua lelaki, seorang penunggang motosikal berusia 29 tahun dan pemboncengnya yang berusia 26 tahun, dikejarkan ke Hospital Universiti Nasional dalam keadaan sedar.
Polis masih menjalankan siasatan.
Kemalangan itu menyebabkan kesesakan yang teruk pada waktu sibuk sebelah petang tadi. Menerusi kiriman tweet Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyatakan bahawa kesesakan memanjang sehingga susur keluar Telok Blangah dan menasihati para pemandu supaya mengelak lorong pertama dan ketiga.
Ia kemudian mengirimkan satu lagi tweet pada 9.56 malam, empat jam selepas kemalangan berlaku, LTA menyatakan bahawa kesesakan berlaku di AYE menghala Tuas selepas susur keluar Lower Delta Road.
Sebelum itu, pada sekitar 6.30 petang, SBS Transit mengirimkan tweet tentang khidmat bas 147E dan 502 yang mengalami kelengahan di ekspreswe menghala Tuas akibat kemalangan itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.