Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

1 maut, 2 cedera dalam 'insiden letupan' di bilik suis elektrik loji pembakaran Tuas

Seorang lelaki maut dan lagi dua dibawa ke hospital kerana mengalami kelecuran menyusuli satu "insiden letupan" yang berlaku di sebuah bilik suis elektrik di loji pembakaran Tuas hari ini (23 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
1 maut, 2 cedera dalam 'insiden letupan' di bilik suis elektrik loji pembakaran Tuas

(Gambar: Facebook/SCDF)

Diterbitkan : 23 Sep 2021 08:28PM Dikemas Kini : 23 Sep 2021 08:29PM

SINGAPURA: Seorang lelaki maut dan lagi dua dibawa ke hospital kerana mengalami kelecuran menyusuli satu "insiden letupan" yang berlaku di sebuah bilik suis elektrik di loji pembakaran Tuas hari ini (23 Sep).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan bahawa anggota bomba memberi respons kepada kebakaran di loji itu kira-kira pukul 3.15 petang tadi.

Anggota bomba tiba di tempat kejadian lalu mendapati bilik suis elektrik itu diselubungi asap. Dengan memakai peralatan pernafasan, mereka memasuki premis itu dan mendapati kebakaran tersebut melibatkan satu suis kipas cerobong dalam bilik suis.

Mereka memadamkan "beberapa titik api" menggunakan dua serbuk kering pemadam api, menurut SCDF.

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menyatakan dalam satu kenyataan bahawa kejadian itu merupakan "insiden letupan" dalam bilik suis elektrik.

Seorang lelaki berusia 65 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh seorang anggota paramedk SCDF, sementara dua lagi lelaki berusia 59 dan 64 tahun, dikejarkan ke hospital.

"Para pesakit yang terhidu bau asap atau mengalami kelecuran serius namun berada dalam keadaan stabil akan dihantar ke Pusat Kebakaran khas Hospital Besar Singapura dan tidak dihantar ke hospital berhampiran," menurut SCDF dalam satu catatan Facebook.

Seramai 80 orang berjaya menyelamatkan diri daripada premis itu, menurut SCDF sambil menambah bahawa ia masih menyiasat punca kebakaran.

"Para teknisyen sedang mengendalikan gear suis elektrik dengan ketegangan tinggi bagi kerja-kerja penyenggaraan," menurut NEA, sambil menambah bahawa ia sedang menghubungi anggota keluarga para pegawainya dan menghulurkan segala bantuan yang boleh.

"Semua pekerja TIP (loji pembakaran Tuas) yang lain berada dalam keadaan selamat. Operasi di loji itu dapat dihentikan dengan selamat," menurut agensi itu.

Polis menyatakan bahawa mereka dimaklumkan tentang "kes kemalangan industri" di loji tersebut dan siasatan polis masih dijalankan.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan