Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

1 kes di dormitori antara 38 jangkitan baru COVID-19 di S'pura

Singapura melaporkan 38 kes baru COVID-19 setakat tengah hari Rabu (13 Jan), umum Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini awal hariannya.

Anggaran Waktu Membaca:
1 kes di dormitori antara 38 jangkitan baru COVID-19 di S'pura
Diterbitkan : 13 Jan 2021 04:06PM Dikemas Kini : 13 Jan 2021 04:09PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 38 kes baru COVID-19 setakat tengah hari Rabu (13 Jan), umum Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini awal hariannya.

Satu kes ditemui di dormitori pekerja asing, yang pertama sejak 15 Disember. Tiada kes baru dilaporkan dalam masyarakat.

Seramai 37 kes diimport dan dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura, dedah MOH.

KAKITANGAN SIA AKAN TERIMA VAKSIN

Sementara itu anggota kakitangan Singapore Airlines (SIA) yang layak akan mula menerima vaksin COVID-19 mulai Rabu sebagai sebahagian daripada usaha vaksinasi untuk sebilangan pekerja di sektor penerbangan.

Pemvaksinan ditawarkan untuk anggota kakitangan yang berpangkalan di Singapura yang kini mengikuti program ujian rutin yang dijadual, kata seorang jurucakap SIA pada Selasa.

Ini termasuk anak kapal, juruterbang, kakitangan di lapangan terbang yang perlu berinteraksi dengan penumpang, dan anggota kakitangan kejuruteraan terpilih.

Penyertaan adalah secara sukarela dan SIA Group "sangat menggalakkan" semua kakitangan yang layak untuk mengambil tawaran ini, kata jurucakap itu.

Sehingga Rabu, Singapura melaporkan sejumlah 58,984 kes COVID-19 dan 29 kematian akibat penyakit itu.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan