Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

1,600 keluarga bergaji rendah raih manfaat program Pasar 'Give & Take'

Kira-kira 1,600 keluarga yang tinggal di flat sewa kini boleh berbelanja keperluan rumah secara percuma di sebuah kemudahan baru, Pasar 'Give & Take'.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Oct 2021 06:29PM Dikemas Kini : 16 Oct 2021 11:44PM

SINGAPURA: Kira-kira 1,600 keluarga yang tinggal di flat sewa kini boleh berbelanja keperluan rumah secara percuma di sebuah kemudahan baru, Pasar 'Give & Take'.

Hasil kerjasama antara kumpulan akar umbi GRC Jalan Besar dengan CDC Tengah Singapura, program tersebut bertujuan membantu para penduduk sekitar.

Barang-barang keperluan didermakan para penaja termasuk barang keperluan harian, barang mainan serta alat elektronik.

Oleh sebab sekatan COVID-19,
pek-pek bantuan akan dibungkus dan dihantar ke rumah para penerima bantuan.

Apabila keadaan pulih, mereka boleh datang sendiri untuk berbelanja.

Pasar tersebut akan berpindah setiap bulan ke empat daerah di dalam GRC Jalan Besar. Tujuannya, untuk meringankan beban kehidupan para penduduk terutama mereka yang terjejas dek pandemik, serta menggalak masyarakat untuk menderma dan menjadi sukarelawan. 

Sumber : CNA/IQ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan