Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

1.6 juta rakyat S'pura akan terima Baucar GST, tokokan Medisave berjumlah S$1 bilion

Di samping skim GSTV, seperti yang diumumkan pemerintah dalam Belanjawan 2018, rakyat Singapura berusia 21 tahun dan ke atas pada 2018 boleh menerima Bonus SG hingga S$300 pada akhir tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
1.6 juta rakyat S'pura akan terima Baucar GST, tokokan Medisave berjumlah S$1 bilion

(Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 28 Jun 2018 11:48AM Dikemas Kini : 28 Jun 2018 11:55AM

SINGAPURA: Seramai 1.6 juta rakyat yang layak akan menerima surat menjelang 6 Julai ini memaklumkan mengenai Baucar GST (GSTV) mereka dan tokokan MediSave. Demikian menurut Kementerian Kewangan (MOF) hari ini (28 Jun).

Sekitar 1.39 juta rakyat akan menerima sehingga S$300 secara tunai dalam bentuk GSTV pada Ogos ini. Ia melibatkan bayaran sebanyak S$410 juta secara keseluruhannya.

Dalam satu kenyataan media, MOF menyatakan bahawa mereka yang layak boleh menggunakan SingPass masing-masing untuk melihat manfaat GSTV - Tunai dan MediSave yang mereka akan dapat.

Sama seperti proses pemberitahuan tahun lalu, para penerima yang nombor telefon bimbit mereka dikemas kini dengan SingPass akan menerima pemberitahuan berbentuk SMS. Para penerima lain akan dihantar surat pemberitahuan.

Sekitar 485,000 warga Singapura berumur 65 tahun dan ke atas pada 2018 akan menerima tokokan Medisave sehingga S$450 pada Ogos. Tokokan itu berjumlah sekitar S$144 juta, secara keseluruhannya.

Di samping itu, rakyat Singapura yang lahir pada atau sebelum 31 Disember 1959 (59 tahun ke atas pada 2018) yang tidak menerima faedah Generasi Perintis (PG) akan menerima tokokan MediSave hingga S$200 tahun ini.

Tokokan itu akan memanfaatkan sekitar 520,000 rakyat dan berjumlah S$95 juta. Ia akan dimasukkan ke dalam akaun MediSave mereka pada Ogos ini.

Di samping skim GSTV, seperti yang diumumkan pemerintah dalam Belanjawan 2018, rakyat Singapura berusia 21 tahun dan ke atas pada 2018 boleh menerima Bonus SG hingga S$300 pada akhir tahun ini.

Rakyat yang layak akan menerima surat pemberitahuan mengenai manfaat Bonus SG mereka menjelang Oktober 2018. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan