Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

1,500 penduduk sertai acara kesihatan Temasya Keluarga

Bagi menggalak gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam di ini, satu acara kesihatan yang dipanggil 'Temasya Keluarga' dianjurkan oleh rangkaian kerjasama MUIS, MESRA dan MENDAKI, M³@Woodlands, serta GRC Sembawang hari ini (19 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
1,500 penduduk sertai acara kesihatan Temasya Keluarga

SPS Amrin di acara Temasya Keluarga. (Gambar: PA)

SINGAPURA: Bagi menggalak gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam di ini, satu acara kesihatan yang dipanggil 'Temasya Keluarga' dianjurkan oleh rangkaian kerjasama MUIS, MESRA dan MENDAKI, M³@Woodlands, serta GRC Sembawang hari ini (19 Jan).

Acara yang dihadiri 1,500 penduduk itu disokong oleh Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB), Masjid Yusof Ishak, Politeknik Republik dan Kampus Kesihatan Woodlands.

Turut hadir di Kelab Masyarakat ACE The Place ialah anggota penasihat akar umbi Woodlands merangkap Setiausaha Parlimen Kanan Kesihatan dan Ehwal Dalam Negeri, Encik Amrin Amin, penasihat akar umbi bagi organisasi akar umbi Woodlands, Encik Vikram Nair, serta penasihat akar umbi bagi badan akar umbi Admiralty.

BUDAYAKAN GAYA HIDUP SIHAT

Seperti tujuh M³@Bandar yang lain, M³@Woodlands juga mempunyai bidang tumpuan khas yang dilakar bersesuaian dengan keperluan dan demografi masyarakat Melayu yang menetap di kawasan tersebut.

Menggunakan pendekatan 3K, ia membawa tiga bidang tumpuan utama iaitu - Kesediaan, Kewangan dan Ekonomi serta Kesihatan, Kemaslahatan Keluarga dan Masyarakat.

'Temasya Keluarga' yang dianjurkan itu merupakan salah satu usaha merealisasikan bidang tumpuan utama mereka.

Bertemakan 'Santai Sihat Sekeluarga', penduduk yang hadir diharap mengambil kesempatan untuk menyertai acara sihat yang disediakan, namun pada masa yang sama mengambil insiatif mereka sendiri dalam membudayakan amalan yang sihat selepas mereka menghadiri acara itu.

USAHA BERTERUSAN UNTUK PENDUDUK

Antara program yang disertai penduduk termasuklah acara berjalan santai, Zumba serta demonstrasi dan tips memasak oleh Persekutuan Kulinari Halal Singapura (SHCF).

Jatawankuasa M³@Woodlands menyatakan usaha itu tidak terhenti di situ sahaja. SHCF juga membimbing 100 keluarga berpendapatan rendah cara-cara memilih bahan-bahan sihat semasa berbelanja di pasar.

Kerjasama turut dijalankan oleh Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) dari GRC Sembawang bersama rakan kerja lain bagi menaja baucar $50 untuk diberikan kepada keluarga yang memerlukan itu berbelanja dengan 'sihat'.

Selain dari itu, perkongsian tentang langkah-langkah untuk berjimat cermat turut dianjurkan oleh Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Barat Laut kepada anggota keluarga berkenaan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan