Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

1,300 syarikat manfaatkan Tech Depot, peniaga digesa terus teroka model dan teknologi baru

Lebih 1,300 perusahaan memanfaatkan lebih 50 huraian teknologi menerusi Tech Depot sehingga kini. Perniagaan ini juga menyaksikan daya penghasilan meningkat sebanyak 25%.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 May 2018 08:02PM Dikemas Kini : 16 May 2018 01:03AM

SINGAPURA: Lebih 1,300 perusahaan memanfaatkan lebih 50 huraian teknologi menerusi Tech Depot sehingga kini. Perniagaan ini juga menyaksikan daya penghasilan meningkat sebanyak 25%.

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing memberikan perkembangan terbaru itu di Hari Teknologi dan Inovasi hari ini (15 Mei).

Tech Depot adalah wadah sehenti yang menyediakan senarai huraian teknologi yang dibangunkan dan diluluskan oleh A*STAR, Enterprise Singapore dan Penguasa Pembangunan Media.

Buat masa ini, terdapat 50 huraian teknologi berbeza dalam bidang-bidang seperti pengurusan pelanggan dan analisis data. Misalnya, huraian perancangan dan pengesanan digunakan oleh syarikat tempatan Skyfy Technology.

Langkah tersebut membantu mengurangkan kos dan meningkatkan operasi sebanyak tiga kali. Bahkan, rancangan Skyfy untuk mereka bentuk produk dan perkhidmatan bagi pasaran ASEAN dan lebih jauh adalah sejajar dengan kedudukan Singapura sebagai hab teknologi dan inovasi global.

Oleh itu, Encik Chan menyeru syarikat-syarikat Singapura supaya memanfaatkan lokasi strategik negara untuk merebut peluang perniagaan di rantau ini.

Tambahnya, Singapura perlu berusaha untuk menjadi lokasi yang sesuai bagi syarikat-syarikat pemula global dan bagi SME merintis dan meneroka model perniagaan serta teknologi baru.

Encik Chan berkata jika ini dicapai, ia akan membawa peluang baru untuk perniagaan dan pekerjaan lebih baik bagi warga Singapura.  

Sumber : CNA/NU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan