Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

1,200 penduduk GRC Marsiling-Yew Tee sertai acara "Hijrah Walk to Remember"

Sedang ramai masih dibuai mimpi, sekitar 1,200 penduduk GRC Marsiling-Yew Tee memulakan hari Ahad mereka dengan acara senaman sempena tahun baru Hijrah.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Sep 2018 09:26PM Dikemas Kini : 23 Sep 2018 09:42PM

SINGAPURA: Sedang ramai masih dibuai mimpi, sekitar 1,200 penduduk GRC Marsiling-Yew Tee memulakan hari Ahad mereka dengan acara senaman sempena tahun baru Hijrah.

Acara "Hijrah Walk to Remember" itu dianjurkan oleh Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) GRC tersebut dan Masjid An-Nur.

Acara kesihatan ini disertai Anggota-anggota Parlimen GRC tersebut termasuk Encik Zaqy Mohamad.

Acara yang disertai penduduk daripada pelbagai kaum dan agama diharapkan dapat memupuk persefahaman budaya dan agama dalam masyarakat berbilang kaum.

Selesai sahaja kegiatan berjalan, kesemua peserta disertai anggota parlimen Encik Lawrence Wong, melakukan beberapa cabaran di Sekolah Menengah Woodlands.

Kesemua peserta menerima duit-duit syiling yang boleh digunakan untuk menyertai pelbagai kursus kesihatan yang akan diadakan dalam bulan-bulan mendatang di kawasan kejiranan mereka.

Sumber : CNA/HA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan