Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

1,000 sukarelawan bantu bersihkan rumah warga emas sempena Tahun Baru Cina

Sekitar 1,000 relawan berganding bahu untuk membersihkan 95 buah rumah warga emas di Singapura sempena Tahun Baru Cina yang bakal disambut tidak lama lagi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Jan 2019 08:45PM Dikemas Kini : 20 Jan 2019 10:39PM

SINGAPURA: Sekitar 1,000 relawan berganding bahu untuk membersihkan 95 buah rumah warga emas di Singapura sempena Tahun Baru Cina yang bakal disambut tidak lama lagi.

Jumlah relawan itu merupakan yang paling ramai menyertai program 'Project Refresh' sejak ia dimulakan pada 2016.

Program akar umbi itu sudah melalui perubahan agar ia sesuai dengan keperluan golongan yang dibantu.

RASA SYUKUR ATAS BANTUAN RELAWAN

Para relawan bekerja keras sejak pagi tadi (20 Jan) untuk membersihkan rumah, membetulkan perkakas elektrik yang rosak serta mengecat dinding sebelum ketibaan Tahun Baru Cina.

Seorang daripada penerima bantuan, Encik Wong yang merupakan seorang Muslim, menyuarakan rasa syukur atas bantuan yang diberikan.

Beliau kini dalam proses penyembuhan setelah diserang angin ahmar yang menyebabkan bahagian kanan tubuhnya menjadi lumpuh.

"Saya berasa gembira pada pagi ini dan sangat terkejut. Saya nampak ramai daripada relawan, mereka sangat baik.

"Saya lihat mereka seperti anak lelaki dan perempuan saya, mereka mahu bersalaman dengan saya untuk mengetahui isi hati saya," katanya.

BERGOTONG-ROYONG BANTU MASYARAKAT MEMERLUKAN

Suhaimi Zainal Shah, salah seorang relawan, sudah menyertai kesemua 12 edisi Project Refresh. Kali ini, beliau turut mengajak para pelajarnya untuk mengemas rumah-rumah tersebut.

Encik Suhaimi berkata: "Sebagai seorang guru dan juga sukarelawan Young NTUC, saya sangat prihatin atas situasi di dalam masyarakat saya.

"Jadi saya rasa bahawa ia amat penting untuk mendapatkan beberapa pihak dalam masyarakat ini untuk datang bersama-sama, bergotong-royong untuk membantu masyarakat yang memerlukan."

Young NTUC bekerjasama dengan CDC Timur Laut bagi Project Refresh sejak dua tahun lalu.

Datuk Bandar Desmond Choo berkata terdapat lebih banyak lagi sokongan pada masa hadapan bagi program seperti ini.

"Ia merupakan sesuatu yang kita perlu lakukan. CDC akan terus melakarkan platform dengan rakan kongsi seperti NTUC, jadi masyarakat Singapura akan ada lebih banyak peluang, bukan hanya untuk tampil tetapi untuk melakar masa depan bersama yang kita mahukan untuk negara kita. Jadi kita berharap untuk melakukan ini dengan lebih banyak bagi masyarakat.

Para relawan 'Project Refresh' terdiri daripada anggota kesatuan kerja, sekolah-sekolah, syarikat-syarikat dan para penduduk. 

Sumber : CNA/UR/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan