Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

1,000 pekerjaan pendigitalan akan diwujudkan untuk belia

Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) akan menyediakan 1,000 pekerjaan untuk golongan muda bagi menggalak mereka melibatkan diri dalam usaha-usaha pendigitalan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Jun 2020 09:09PM Dikemas Kini : 16 Jun 2020 09:57PM

SINGAPURA: Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) akan menyediakan 1,000 pekerjaan untuk golongan muda bagi menggalak mereka melibatkan diri dalam usaha-usaha pendigitalan.

Demikian kata Menteri MCCY, Grace Fu semasa wawancara bersama stesen radio Mediacorp, CNA938 pada Selasa (16 Jun).

Menurutnya ini berlaku tepat pada masanya sedang banyak sektor menimbangkan perancangan e-dagang dan digital dan memerlukan golongan muda dengan kemahiran-kemahiran relevan.

"Kita melihat bagaimana generasi kedua membantu para pegerai untuk melakukan penstriman online untuk menjual barangan, makanan dan ikan," kata Cik Fu.

"Oleh itu, golongan muda mempunyai kemahiran yang sangat relevan untuk pasaran hari ini. Mereka boleh menggunakannya untuk sektor-sektor tidak konvensional juga," tambah beliau.

Menurut satu tinjauan mingguan, keprihatinan utama anak muda adalah prospek pekerjaan.

Beliau menambah, kemahiran teknologi dalam iklim ekonomi sekarang akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk mereka.

Sebilangan mereka juga berasa tertekan dengan gangguan kepada rutin-rutin seharian mereka seperti berada di rumah sepanjang hari dengan ibu bapa dan tidak dapat keluar berjumpa teman-teman.

Cik Fu berkata, kementeriannya akan menyediakan sebuah wadah bagi membolehkan mereka mengalihkan masa-masa terluang untuk menjadi duta digital kepada perniagaan. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/SY/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan