Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

1,000 orang diarah keluar ekoran kebakaran bangunan NUS

Sekitar 1,000 orang diarahkan keluar selepas satu kebakaran tercetus di sebuah bangunan Universiti Nasional Singapura (NUS) pada Selasa (26 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
1,000 orang diarah keluar ekoran kebakaran bangunan NUS

(Gambar: Google Maps)

Diterbitkan : 26 Mar 2019 02:24PM Dikemas Kini : 26 Mar 2019 02:36PM

SINGAPURA: Sekitar 1,000 orang diarahkan keluar selepas satu kebakaran tercetus di sebuah bangunan Universiti Nasional Singapura (NUS) pada Selasa (26 Mac).

Menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), pihaknya dimaklumkan mengenai insiden kebakaran di 14 Medical Drive pada sekitar 11.10 pagi.

Menurut laman NUS, Pusat Perubatan Translasi disenaraikan di alamat itu.

SCDF menyatakan bahawa kebakaran itu melibatkan sebuah bilik pembeku. Sistem pemercik berjaya memadamkan kebakaran tersebut sebelum SCDF tiba di tempat kejadian.

Tiada kecederaan dilaporkan berlaku akibat insiden tersebut, menurut SCDF. Punca kebakaran sedang disiasat. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan