Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Warga M'sia kedua didakwa bantu Chew Eng Han larikan diri

Seorang lelaki warga Malaysia berusia 42 tahun yang diburu pihak berkuasa sejak disyaki membantu Chew Eng Han melarikan diri dari Singapura didakwa di mahkamah hari ini (16 Apr) selepas ditangkap di Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
Warga M'sia kedua didakwa bantu Chew Eng Han larikan diri

Chew Eng Han cuba melarikan diri dari negara ini melalui Pulau Ubin dengan menggunakan sampan bermotor.. (Gambar: TODAY dan Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 16 Apr 2018 11:31AM Dikemas Kini : 16 Apr 2018 11:34AM

SINGAPURA: Seorang lelaki warga Malaysia berusia 42 tahun yang diburu pihak berkuasa sejak disyaki membantu Chew Eng Han melarikan diri dari Singapura didakwa di mahkamah hari ini (16 Apr) selepas ditangkap di Malaysia.

Tan Kim Ho yang juga dikenali sebagai Rayson diserahkan kepada pihak berkuasa Singapura Sabtu lalu (14 Apr).

Rayson merupakan warga Malaysia kedua yang didakwa bersubahat dengan Chew, bekas pemimpin Gereja City Harvest yang disabit kesalahan pecah amanah melibatkan dana gereja bernilai S$50 juta.

Penipuan itu adalah yang terbesar membabitkan sebuah pertubuhan amal dalam sejarah Singapura.

Pemandu warga Malaysia Khoo Kea Leng dihukum penjara selama enam bulan pada 12 April lalu atas peranannya bersubahat dengan Chew untuk melarikan diri. Malah, Khoo yang memperkenalkan Chew kepada Rayson.

Chew dijadual menjalani hukuman penjara selama tiga tahun dan empat bulan pada 22 Februari lalu. Dia diberkas di laut pada 8.47 pagi kerana cuba meninggalkan negara ini secara haram dari jeti Pulau Ubin dengan menaiki sampan bermotor untuk ke Malaysia.

Sampan yang dikemudi oleh Tan Poh Teck berjaya dipintas oleh Polis Pengawal Pantai, 2.4 kilometer dari Pulau Ubin.

Kedua-dua lelaki didakwa pada 22 Februari dan akan dihadapkan ke mahkamah bagi persidangan pra-perbicaraan Mei ini.

Jika didapati bersalah, Rayson boleh dikenakan hukuman penjara antara enam bulan hingga dua tahun dan didenda sehingga S$6,000.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan