Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita yang maut dihempap pokok Tembusu seorang ibu anak kembar berusia 1 tahun

Wanita berusia 38 tahun yang maut setelah dihempap pokok Tembusu yang besar di Kebun Bunga Singapura semalam (11 Feb) adalah rakyat India, Radhika Angara.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Feb 2017 07:23PM Dikemas Kini : 12 Feb 2017 08:52PM

SINGAPURA: Wanita berusia 38 tahun yang maut setelah dihempap pokok Tembusu yang besar di Kebun Bunga Singapura semalam (11 Feb) adalah rakyat India, Radhika Angara.

Mediacorp difahamkan menerusi profil di laman Facebook Radhika, mendiang bertugas dengan syarikat MasterCard dan sebelum itu bekerja sebagai ketua pegawai pemasaran dan strategi di sebuah firma yang menyediakan wadah pembayaran sosial dan mudah alih, Fastacash.

Suami beliau, seorang rakyat Perancis, Jerome Rouch-Sirech, 39 tahun dan sepasang anak kembar mereka yang berusia setahun mengalami kecederaan dalam kemalangan itu.

Profil LinkedIn Encik Rouch-Sirech menunjukkan beliau seorang ketua bahagian runcit PUMA Asia Tenggara.

Mediacorp juga difahamkan beliau dan anak-anaknya sudah dibenarkan pulang dari Hospital Universiti Nasional (NUH) di mana mereka dirawat.

Seorang wanita rakyat Singapura, Tay Pei Lei 26 tahun, yang turut cedera akibat insiden tersebut juga sudah dibenarkan pulang.

Menulis di laman Facebook, Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyampaikan ucap takziah kepada mangsa-mangsa dan anggota keluarga yang terjejas oleh kejadian pokok tumbang di Kebun Bunga Singapura. "Kami bersimpati dengan para mangsa dan keluarga mereka," kata PM Lee.

Menurut NParks, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca pokok itu tumbang.

NParks menambah, pokok-pokok lain di kawasan itu selamat dan pihaknya sedang menjalankan lebih banyak pemeriksaan ke atas semua pokok warisan di Kebun Bunga Singapura itu.

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan