Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita yang hentak kepala pembantu rumah ke dinding, dijel dan perlu bayar ganti rugi

Seorang wanita 45 tahun, yang menghentak kepala pembantu rumah warga Indonesia ke dinding sehingga mengakibat kepalanya berdarah, dijatuhi hukuman penjara selama 13 bulan.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita yang hentak kepala pembantu rumah ke dinding, dijel dan perlu bayar ganti rugi

(Gambar fail: Jeremy Long)

Diterbitkan : 21 Sep 2018 08:10PM Dikemas Kini : 21 Sep 2018 08:13PM

SINGAPURA: Seorang wanita 45 tahun, yang menghentak kepala pembantu rumah warga Indonesia ke dinding sehingga mengakibat kepalanya berdarah, dijatuhi hukuman penjara selama 13 bulan.

Rospidah Tukiman marah terhadap pembantu rumahnya, Tumijah, kerana tidak memberitahunya bahawa anak perempuannya terjatuh dari tangga bergerak dan mengalami kecederaan di kakinya pada Februari 2016.

Mahkamah dimaklumkan bahawa pembantu rumah, yang kini berusia 32 tahun, turut memberi Rospidah bekalan makanan yang salah dan sudu yang kotor, sekali gus mengakibatkannya lebih marah.

Menurut testimoni Tumijah, Rospidah memarahinya dan menariknya dari ruang tamu ke tandas di flat Bukit Panjangnya.

Cik Tumijah bergerak ke belakang dinding dan Rospidah menghentak kepalanya, sekali gus mengakibat kepala Tumijah berdarah. Rospidah kemudian menghentak kepala dan tangan Tumijah dengan penyembur air bilik mandi, sebelum menyuruhnya untuk membersihkan darahnya.

Rospidah didapati bersalah pada bulan Julai atas dua tuduhan menyebabkan kecederaan. Tuduhan lagi satu adalah bagi satu kejadian pada 2015, apabila dia menggunakan garpu untuk mencucuk tangan Cik Tumijah.

Peguam pembela Rospidah, Encik Amolat Singh dan Cik Cheryl Ng, berhujah bahawa insiden itu berlaku sekali dan sekejap.

Mereka mengatakan bahawa kesalahan-kesalahan itu "bukan sebahagian daripada insiden yang berlaku secara kerap yang menyebabnya menjadi lebih teruk", dan tiada bukti bahawa Rospidah dengan sengaja menghentak kepala Cik Tumijah di dinding.

Selain hukuman penjara, Rospidah juga diperintahkan untuk membayar ganti rugi sebanyak S$3,500. Dia kini merayu terhadap sabitan dan hukumannya. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan