Wanita warga China dipenjara kerana cuba sogok pegawai ICA
Seorang wanita dijatuhkan hukuman penjara selama tiga bulan hari ini (12 Okt) kerana cuba memberi rasuah sebanyak S$200 kepada seorang pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), di Lapangan Terbang Changi.
SINGAPURA: Seorang wanita dijatuhkan hukuman penjara selama tiga bulan hari ini (12 Okt) kerana cuba memberi rasuah sebanyak S$200 kepada seorang pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), di Lapangan Terbang Changi.
Lin Xiurong, seorang warga China, datang ke Singapura dari negara Thailand pada 5 Disember lalu.
Semasa dibawa ke Kaunter Pengawai Imigresen untuk disoal siasat, dia mengeluarkan empat keping nota S$50 dan memasukkan wang itu ke dalam saku jaket pegawai ICA itu agar dia dibenarkan memasuki Singapura, menurut Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB).
Pegawai itu, bagaimanapun, menolak tawarannya dan membuat laporan kepada CPIB.
Lin didakwa di mahkamah pada 18 Januari tahun ini. Bagi percubaan menyogok pegawai awam, dia boleh didenda sehingga S$100,000 dan dipenjara sehingga lima tahun.
"Singapura tidak akan bertolak ansur dengan kes rasuah," tegas CPIB. "CPIB akan menangani amalan ini dengan serius dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa yang terlibat dalam perbuatan seperti itu."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.