Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita terperangkap di bawah van dalam kemalangan di Tanjong Pagar Road

Gambar-gambar yang tular secara online menunjukkan mangsa terperangkap di bawah sebuah van dan para pegawai SCDF sedang berusaha untuk membantunya. 

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita terperangkap di bawah van dalam kemalangan di Tanjong Pagar Road

Kemalangan berlaku di persimpangan antara Gopeng Street dengan Tanjong Pagar Road. (Gambar: Traffics accident.SG/ Facebook)

Diterbitkan : 15 Jun 2018 10:15PM Dikemas Kini : 15 Jun 2018 10:16PM

SINGAPURA: Seorang pejalan kaki perlu diselamatkan oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam satu kemalangan yang berlaku di persimpangan antara Tanjong Pagar Road dengan Gopeng Street hari ini (15 Jun).

Polis memberitahu Mediacorp bahawa ia dimaklumkan tentang kemalangan melibatkan sebuah van dan dua pejalan kaki pada sekitar 12.20 pagi.

Salah seorang pejalan kaki "terperangkap dan diselamatkan SCDF dengan menggunakan peralatan hidraulik," menurut SCDF.

Wanita berusia 37 tahun itu dikejarkan ke Hospital Besar Singapura, di mana pihak hospital dimaklumkan terdahulu untuk bersiap-sedia merawatnya.

Seorang lagi pejalan kaki, seorang wanita berusia 54 tahun, juga dikejarkan ke Hospital Besar Singapura.

Kedua-duanya berada dalam keadaan sedar ketika dikejarkan ke hospital, menurut polis.

Gambar-gambar yang tular secara online menunjukkan mangsa terperangkap di bawah sebuah van dan para pegawai SCDF sedang berusaha untuk membantunya.

Sekurang-kurangnya dua kereta bomba dan sebuah ambulans juga kelihatan di tempat kejadian. Polis masih menjalankan siasatan.  

Sumber : CNA/AQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan