Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita lanjut usia secara tidak sengaja diberi dos ubat 10 kali ganda di SGH

Seorang wanita lanjut usia secara tidak sengaja diberikan dos ubat lebih 10 kali daripada yang sepatutnya apabila sedang menjalani rawatan bagi beberapa penyakit di Hospital Besar Singapura (SGH) dua tahun lalu

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita lanjut usia secara tidak sengaja diberi dos ubat 10 kali ganda di SGH

Hospital Besar Singapura. (Gambar: Wee Teck Hian/TODAY)

Diterbitkan : 19 Dec 2018 11:08PM Dikemas Kini : 19 Dec 2018 11:12PM

SINGAPURA: Seorang wanita lanjut usia secara tidak sengaja diberikan dos ubat lebih 10 kali daripada yang sepatutnya apabila sedang menjalani rawatan bagi beberapa penyakit di Hospital Besar Singapura (SGH) dua tahun lalu. Demikian didedahkan oleh siasatan koroner pada (19 Dis).

Cik Chow Fong Heng disahkan meninggal dunia dua hari kemudian di sebuah wad SGH, tetapi ahli patologi forensik mengesahkan punca kematiannya disebabkan oleh kerosakan beberapa organ dan keracunan darah, dengan kerosakan buah pinggang yang berada di tahap terakhir sebagai faktor yang turut mengakibatkannya meninggal dunia.

Dos anestetik yang berlebihan dipanggil 'lignocain' boleh mengakibatkan sawan, morbiditi dan kematian, menurut seorang pegawai perubatan dari Pusat Jantung Nasional SGH.

Cik Chow tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda sawan yang dijangkakan daripada dos 'lignocaine' yang berlebihan.

Dr Ong Hui Shan, yang menyemak semula keadaan wanita berusia 86 tahun itu pada 31 Mei setelah kesalahan perubatan itu dijumpai, mendapati bahawa kesihatan mental Cik Chow sudah banyak merosot.

Bagaimanapun, beliau memberitahu pihak penyiasat bahawa beliau tidak boleh menyalahkan ketoksikan 'lignocaine' memainkan sebarang peranan dalam kematian Cik Chow, kerana Cik Chow "mengalami keadaan yang mengancam nyawa yang termasuk sepsis, kerosakan buah pinggang dan penyakit jantung".

INSIDEN MASIH SATU KEPRIHATINAN: KORONER

Seorang jururawat SGH yang memberikan ubat kepada pesakit tersebut secara tidak sengaja menekan angka 41.7 milimeter setiap sejam dan bukan 4.17 milimeter sejam sebagaimana sepatutnya. Demikian menurut koroner Marvin Bay ketika beliau mendedahkan siasatannya mengenai kematian Cik Chow.

Bagi pengiraan yang betul, beliau sepatutnya menekan 41.7 mg setiap sejam menggunakan pilihan dos atau 4.17 milimeter sejam menggunakan pilihan kadar.

Bagaimanapun, beliau secara tidak sengaja menekan 41.7 milimeter di pilihan kadar, sambil menambah bahawa beliau tidak begitu pasti mengenai pam bijak itu disebabkan pendedahannya yang terhad.

Kesimpulannya, pihak koroner menyatakan bahawa dua laporan daripada pakar-pakar Akademi Perubatan Singapura sudah menunjukkan 'lignocaine' tidak kemungkin menjadi faktor utama yang menyebabkan kematian Cik Chow.

Bagaimanapun, koroner tersebut berkata bahawa terdapat perkara-perkara yang membimbangkan berhubung kes itu.

Jururawat itu memberitahu "beliau tidak mempunyai pengalaman dan pendedahan terhad berhubung menggunakan mesin pam, tetapi masih dibenarkan untuk mengendalikannya," menurutnya. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan