Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita ditipu S$5.4 juta; suspek 20 tahun diberkas

Seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes penipuan di mana dia menyamar sebagai seorang pegawai dari China untuk menipu seorang wanita sebanyak S$5.4 juta sudah diberkas.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita ditipu S$5.4 juta; suspek 20 tahun diberkas

Gambar fail tukul kayu. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 19 Jan 2018 08:09AM Dikemas Kini : 19 Jan 2018 08:11AM

SINGAPURA: Seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes penipuan di mana dia menyamar sebagai seorang pegawai dari China untuk menipu seorang wanita sebanyak S$5.4 juta sudah diberkas.

Demikian menurut pihak polis semalam (18 Jan).

Dalam kenyataan medianya, polis menyatakan bahawa lelaki tersebut, seorang warga Malaysia berusia 20 tahun, ditangkap di Kuala Lumpur dan dibawa ke Singapura semalam dengan bantuan polis Malaysia.

Penipuan itu berlaku pada November 2017. Mangsa diperdaya supaya percaya bahawa beliau terpaksa menyerahkan semua wangnya kepada penipu yang menyamar sebagai para pegawai bagi membantu siasatan.

Siasatan polis menunjukkan bahawa mangsa mengirimkan wangnya kepada beberapa orang yang tidak dikenali di merata Singapura dalam tempoh seminggu.

Suspek meninggalkan Singapura selepas melakukan jenayah tersebut.

Suspek akan didakwa di mahkamah hari ini (19 Jan) kerana menerima barangan curian secara tidak jujur. Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga lima tahun dan/atau didenda.

Encik David Chew, pengarah Jabatan Ehwal Komsersial polis berkata: "Kami akan berusaha sedaya upaya untuk mengenal pasti, memberkas dan mendakwa para pesalah ini dan mereka yang bersubahat untuk menggelapkan wang. Walaupun mereka cuba keluar Singapura untuk mengelak daripada ditangkap atas kesalahan mereka, pemberkasan ini membuktikan usaha polis yang berterusan, dalam dan luar negeri, untuk mengheret mereka ke muka pengadilan." 

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan