Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita ditemui mati di tempat letak kenderaan Kolej Tengah ITE; polis sahkan kes bunuh

Seorang lelaki berusia 66 tahun, yang merupakan suspek, dibawa ke Hospital Tan Tock Seng kerana mengalami kecederaan parah.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Jul 2018 09:50AM Dikemas Kini : 20 Jul 2018 09:05PM

SINGAPURA: Seorang wanita ditemui mati di tempat letak kenderaan di kampus Kolej Tengah ITE di Ang Mo Kio dipercayai akibat tikaman pada Khamis (19 Jul).

Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai pembunuhan.

Pihak berkuasa dimaklumkan mengenai insiden itu pada jam 7.40 malam dan mengerahkan dua ambulans ke kampus tersebut, menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Menurut polis, wanita tersebut ditemui terbaring dan tidak bergerak dan disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik SCDF.

Seorang lelaki berusia 66 tahun, yang merupakan suspek, dibawa ke Hospital Tan Tock Seng kerana mengalami kecederaan parah.

Gambar-gambar di media sosial menunjukkan seorang wanita terbaring di antara sebuah kereta biru dengan sebuah lagi kereta ungu, dengan tubuhnya berlumuran darah. Seorang lelaki memakai kemeja-T hitam juga dilihat di lantai dalam keadaan berlumuran darah.

Mediacorp difahamkan bahawa suspek dan wanita itu sudah bercerai.

Siasatan polis sedang dijalankan.

Dalam catatan Facebook awal pagi Jumaat (20 Jul), seorang jurucakap ITE berkata: "Kami berasa sedih terhadap insiden malang yang berlaku di tempat letak kenderaan di Kolej Tengah ITE.

"Ini adalah insiden terpencil, dan kami ingin memberi jaminan kepada para ibu bapa, pelajar dan orang ramai bahawa kampus kami selamat untuk para pelajar, kakitangan dan orang ramai."

Ia enggan mengulas lebih lanjut, menjelaskan bahawa siasatan polis sedang dijalankan.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan