Images
  • turtle
    Seekor musang dan kura-kura kaki merah. (Gambar: Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA))

Wanita didenda S$3,600 selepas cuba jual hidupan liar haram di Carousell

SINGAPURA: Seorang wanita berusia 22 tahun didenda S$3,600 kerana memelihara seekor musang dan kura-kura kaki merah, secara haram. Demikian menurut Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) pada Rabu (13 Jun).

Cik Desiree Lim diberkas selepas Persatuan Pendidikan dan Kajian Keprihatinan Haiwan (ACRES) membuat aduan mengenai penjualan hidupan liar secara haram di wadah online Carousel.

AVA menyatakan bahawa ia kemudian menjalankan siri operasi dengan bantuan ACRES, dan merampas seekor musang dan kura-kura kaki merah, yang merupakan spesies hidupan liar yang dilindungi.

"Siasatan lanjut di rumah Cik Lim mendedahkan bahawa dia juga menyimpan seekor landak dan kura-kura. Ini diambil kira semasa dia dijatuhi hukuman," menurut AVA, sambil menambah bahawa semua binatang yang dirampas diletakkan di bawah penjagaan Wildlife Reserves Singapore (WRS).

Menjadi satu kesalahan di Singapura untuk menyimpan atau menjual spesies hidupan liar dan pesalah yang sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga S$1,000.

Sekiranya spesies itu dilindungi di bawah Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesis Flora dan Fauna Liar Terancam (CITES) seperti kura-kura kaki merah, mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau didenda maksimum S$500,000.

- CNA/NA/na

Top