Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita didenda S$2,000 kerana abaikan haiwan peliharaan

Seorang wanita 51 tahun didenda S$2,000 dan tidak dibenarkan memiliki haiwan peliharaan buat sementara waktu, setelah dia meninggalkan anjing peliharaannya awal tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita didenda S$2,000 kerana abaikan haiwan peliharaan

Anjing jenis Jack Russell Terrier yang dijumpai di kawasan lobi lif di tingkat 12 sebuah blok flat di Woodlands Drive 42. (Gambar: AVA)

Diterbitkan : 21 Nov 2018 11:38PM Dikemas Kini : 21 Nov 2018 11:42PM

SINGAPURA: Seorang wanita 51 tahun didenda S$2,000 dan tidak dibenarkan memiliki haiwan peliharaan buat sementara waktu, setelah dia meninggalkan anjing peliharaannya awal tahun ini.

Dalam satu kenyataan media, Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) menyatakan bahawa pihaknya dimaklumkan mengenai kes itu pada Mei, apabila seekor anjing jenis Jack Russell Terrier dijumpai di kawasan lobi lif di tingkat 12 sebuah blok flat di Woodlands Drive 42.

"Siasatan menunjukkan bahawa Cheng (Yok Meng) adalah pemilik anjing berkenaan dan meninggalkan haiwan tersebut di lokasi itu," menurut AVA. "Anjing itu kini sudah dijaga oleh pemilik lain."

Selain dikenakan denda, Cheng juga tidak dibenarkan memiliki haiwan peliharaan selama enam bulan.

Menurut AVA, ia memandang serius terhadap kes itu. "Memiliki haiwan peliharaan adalah satu tanggungjawab sepanjang hayat. Para pemilik dan mereka yang ingin membela haiwan peliharaan harus faham, mereka bertanggungjawab ke atas kebajikan haiwan tersebut," menurut AVA.

"AVA akan menyiasat semua maklum balas berhubung haiwan peliharaan yang diabaikan dan akan mengambil tindakan undang-undang, di mana perlu," tambahnya. Mereka yang didapati bersalah mengabaikan haiwan peliharaan mereka boleh akan dikenakan denda sehingga S$10,000, dipenjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan